Utusan Borneo (Sabah)

Arab Saudi bakal sedia kemudahan pemeriksaa­n imigresen untuk semua jemaah haji Malaysia di KLIA

-

KUALA LUMPUR: Jemaah haji Malaysia bakal mendapat kemudahaan pemeriksaa­n Imigresen Arab Saudi di KLIA di masa depan berikutan cadangan kerajaan negara itu untuk menjadikan Malaysia sebagai antara negara pertama melaksanak­an program prapelepas­an untuk jemaah haji di negara asal.

Sekiranya kemudahan itu disediakan di negara ini, jemaah haji Malaysia tidak lagi perlu melalui pemeriksaa­n imigresen di lapangan terbang di Arab Saudi dan ia boleh mempercepa­tkan urusan perjalanan mereka untuk ibadah haji.

Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussien Saeed Qattan yang membayangk­an kemungkina­n itu, berkata kemudahan itu bakal disediakan di Malaysia di masa depan susulan daripada kejayaan satu program perintis prapelepas­an Imigresen Arab Saudi yang dilaksanak­an pada musim haji baru-baru ini.

Bercakap kepada pemberita menerusi penterjema­h, di Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Arab Saudi yang ke-87, di sini Rabu malam, beliau berkata komitmen Malaysia dalam merealisas­ikan program perintis selama lima hari bermula 24 Ogos lepas di KLIA dan melibatkan 112 penerbanga­n itu adalah amat dipuji oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Kami berterima kasih kepada Malaysia atas peluang melakukan percubaan di lapangan terbang negara ini. Ini adalah percubaan yang berjaya,” katanya.

Qattan, yangbercak­apdalam bahasa Arab, bagaimanap­un tidak menyatakan bila kemudahan itu akan mula disediakan di KLIA.

Dalam program perintis baru- baru ini, kumpulan jemaah haji Malaysia daripada 112 penerbanga­n haji itu telah melalui keseluruha­n proses pelepasan imigresen oleh pegawai Imigresen Arab Saudi di KLIA, sebelum mereka menaiki pesawat.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia