Utusan Borneo (Sabah)

Konflik gajah susulan kawasan keliaran mengecil

-

KUANTAN: Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang menganggar­kan kini terdapat 171 ekor gajah yang sedang mengalami ‘konflik’ di Pahang.

Konflik berlaku disebabkan kawasan keliaran gajah yang semakin mengecil ekoran faktor pembanguna­n.

Menurut Pengarah Perhilitan Pahang, Ahmad Azhar Mohammed, gajah yang berkonflik itu terdapat di sekitar Jerantut, Lipis dan Bentong yang sering memasuki kawasan perkampung­an penduduk bagi mendapatka­n makanan.

Beliau berkata kes terbaharu berlaku dua hari lepas apabila penduduk Kampung Paya Garuk di Jerantut dikejutkan dengan kemunculan gajah liar pada tengah malam.

“Masalah berlaku kerana habitat gajah semakin mengecil,” kata Ahmad Azhar kepada Bernama.

Bukan sahaja gajah, malah manusia turut mengalami konflik untuk menangani kehadiran gajah di penempatan manusia.

Ahmad Azhar berkata apabila terdapat aduan mengenai kemunculan gajah- gajah, Perhilitan terpaksa memastikan haiwan-haiwan itu tidak mengancam penduduk dan pada masa yang sama memasatika­n haiwan itu sendiri tidak merasa diri mereka diancam oleh manusia.

“Ia memakan masa yang panjang untuk menangkap gajah-gajah itu kerana mamalia itu sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain. Apabila pihak Perhilitan tiba di sesuatu kawasan di mana gajah-gajah itu dilapor muncul, ia sudah pun bergerak meninggalk­an kawasan berkenaan,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia