Utusan Borneo (Sabah)

Kerusi roda pintar ungguli Projex 15

Platform pelajar pamer bakat, aplikasi kemahiran

-

KOTA KINABALU: Prihatin terhadap kepayahan yang dihadapi oleh pengguna kerusi roda, tiga pelajar Kejurutera­an Elektronik Komputer cuba mencari jalan menyelesai­kan masalah itu.

Usaha Dg Nuriffa Hanna, Nina Nathrah Nain dan Fenisia Kenai Johnny berbaloi apabila berjaya mencipta produk seterusnya muncul johan Kategori Kejurutera­an dalam Program Pertanding­an Rekacipta Inovasi Ke- 15 (Projex 15).

Projex 15 yang berlangsun­g di Politeknik Kota Kinabalu menjadi platform para pelajar untuk mempamerka­n bakat dan memberi peluang mengaplika­sikan kemahiran teknikal dalam bidang yang diceburi.

Berkongsi cerita, Nuriffa berkata idea membuat projek kerusi roda pintar tercetus ketika melihat pengguna kerusi roda itu mempunyai masalah pergerakan.

“Adakalanya mereka ini terpaksa meminta bantuan orang lain untuk menolak kerusi itu malahan jika digerakkan secara manual pula akan memenatkan tangan mereka.

“Kami habiskan tempoh enam bulan untuk membuat programnya saja dan sepanjang proses itu, kami kurang rehat serta tidur, ditambah lagi masa yang padat dengan jadual kuliah serta tugasan yang banyak,” ceritanya mewakili rakan- rakannya.

Menurutnya, orang ramai yangmeliha­tprototaip­ciptaan mereka kagum kerana ahli kumpulan mereka semuanya pelajar perempuan dan tidak menyangka mereka mampu membuat kerja lelaki.

“Malahan, kebanyakan orang memberi komen bahawa produk ini dapat mengurangk­an kesukaran orang yang sukar berjalan dan menyokong agar produk ini dapat dikomersil­kan.

“Kami merancang untuk membuat penambahba­ikan sebelum produk ini dapat dikomersil­kan dan dapat membantu mereka yang memerlukan­nya.

“Kami juga berharap agar ada pihak yang boleh membantu dari segi kewangan untuk memperkemb­angkan lagi produk ini,” katanya.

Jelas Nuriffa, berikutan masalah kewangan, produk yang mereka hasilkan itu hanya menampung beban seberat 40 kilogram ( kg) sahaja, oleh itu mereka memerlukan dana untuk membeli bateri yang mengalirka­n kuasa yang cukup bagi menampung sekurang-kurangnya beban seberat 70kg.

“Kami amat berharap pengguna akan berasa selesa dan mahir menggunaka­nnya.

“Ini secara tidak langsung dapat meringanka­n beban penjaganya dan memudahkan pengguna bergerak tanpa rasa letih,” katanya ketika ditemui selepas majlis yang berlangsun­g di Politeknik Kota Kinabalu.

Program itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Industri Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah.

 ??  ?? KUMPULAN Nuriffa ketika menerima hadiah yang disampaika­n oleh Raymond (tiga dari kanan).
KUMPULAN Nuriffa ketika menerima hadiah yang disampaika­n oleh Raymond (tiga dari kanan).
 ??  ?? NURIFFA (kanan) dan rakan sekumpulan­nya bersama produk Kerusi Roda Pintar yang memenangi Kategori Kejurutera­an.
NURIFFA (kanan) dan rakan sekumpulan­nya bersama produk Kerusi Roda Pintar yang memenangi Kategori Kejurutera­an.
 ??  ?? JOHAN Kategori Bukan Kejurutera­an ketika menerima hadiah disampaika­n Raymond.
JOHAN Kategori Bukan Kejurutera­an ketika menerima hadiah disampaika­n Raymond.
 ??  ?? RAYMOND ketika pelancaran gimik program Projex 15.
RAYMOND ketika pelancaran gimik program Projex 15.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia