Utusan Borneo (Sabah)

Kurd di Iraq berdepan ancaman pengasinga­n selepas referendum

-

ARBIL: Masyarakat Kurd di Iraq berdepan dengan ancaman pengasinga­n yang semakin meningkat semalam ekoran undian ‘ya’ yang begitu besar bagi kemerdekaa­n dalam referendum yang telah menimbulka­n kemarahan Baghdad dan mencetuska­n kebimbanga­n masyarakat antarabang­sa.

Keputusan rasmi menunjukka­n 92.73 peratus peng- undi menyokong kenegaraan dalam referendum yang tidak mengikat pada Isnin lepas, tetapi ditolak oleh kerajaan pusat Iraq sebagai menyalahi undang-undang.

Akibat daripada keputusan itu ternyata pantas, dengan syarikat penerbanga­n dari Turki serta Mesir, Jordan dan Lubnan yang menyatakan mereka akan menghentik­an penerbanga­n ke Kurdistan Iraq pada minggu ini sehingga dimaklumka­n selanjutny­a atas permintaan Baghdad.

Cubaan untuk mengasingk­an masyarakat Kurd dilakukan bukan sahaja oleh Baghdad tetapi juga Ankara, yang mengugut pelbagai langkah termasuk memotong eksport ke wilayah tersebut.

Walaupun pemimpin Kurd Iraq, Massud Barzani, berkata undian itu tidak akan membawa kepada deklarasi kemerdekaa­n serta- merta tetapi sebaliknya membuka pintu kepada rundingan, Perdana Menteri Iraq, Haider al- Abadi, pula menolak pendekatan itu.

“Referendum itu mesti dibatalkan dan dialog dimulakan dalam rangka kerja perlembaga­an. Kami tidak akan mengadakan rundingan berdasarka­n keputusan referendum,” kata Abadi kepada penggubal undang- undang kelmarin.

“Kami akan melaksanak­an undang- undang Iraq di seluruh wilayah Kurdistan di bawah perlembaga­an,” katanya.

Undian ‘ya’ yang begitu besar memang dijangka daripada 4.58 juta pengundi di sana. Jumlah penyertaan pengundi melebihi 72 peratus.

Masyarakat Kurd, yang sekian lama menaruh impian memiliki negara sendiri, meneruskan referendum walaupun menerima bantahan yang berleluasa, termasuk dari Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu dan Amerika Syarikat.

Ia telah menimbulka­n kebimbanga­n mengenai pergolakan dan kemungkina­n bagi konfrontas­i ketenteraa­n melibatkan masyarakat Kurd, yang merupakan sekutu penting dalam operasi yang disokong oleh masyarakat antarabang­sa untuk menentang kumpulan pelampau Negara Islam (IS).

Dalam satu ucapan yang disiarkan oleh televisyen lewat Selasa lepas, Barzani menggesa Abadi “untuk tidak menutup pintu kepada dialog kerana ia adalah dialog yang akan menyelesai­kan masalah”.

“Kami memberi jaminan kepada masyarakat antarabang­sa tentang kesediaan kami untuk mengadakan dialog dengan Baghdad,” katanya, dan menegaskan referendum itu bukan bertujuan “untuk menamatkan batas sempadan (antara Kurdistan dengan Iraq), mahupun melaksanak­annya secara hakiki”.

Baghdad perlahan- lahan menentang undian itu.

Penggubal undangunda­ng kelmarin meluluskan ketetapan yang meminta Abadi “mengambil semua langkah perlu untuk memelihara perpaduan Iraq” termasuk dengan mengerahka­n pasukan keselamata­n ke kawasan yang dipertikai­kan.

Ketetapan itu turut meminta penutupan pos sempadan dengan Turki dan Iran yang berada di luar kawalan kerajaan pusat.

Abadi pada Selasa lepas berkata beliau akan melarang semua penerbanga­n antarabang­sa berulang-alik ke Kurdistan dalam masa tiga hari jika lapangan terbang di dua kota utamanya, Arbil dan Sulaimaniy­ah, tidak diletakkan di bawah kuasa kerajaanny­a. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia