Utusan Borneo (Sabah)

Vanuatu arah evakuasi wajib di Pulau Ambae

Susulan gunung berapi aktif semula pada hujung minggu lalu, dikhuatiri letusan lebih serius berlaku

-

WELLINGTON: Vanuatu semalam mengarahka­n evakuasi wajib bagi seluruh penduduk di sebuah pulau selepas sebuah gunung berapi yang besar aktif semula pada hujung minggu lepas, dan menimbulka­n kemungkina­n bagi letusan yang serius.

Kesemua 11,000 orang di Pulau Ambae – di utara kepulauan Pasifik itu – akan dipindahka­n sebelum 6 Oktober, kata pejabat Perdana Menteri Charlot Salwai.

Pejabat Pengurusan Bencana Negara ( NDMO) Vanuatu berkata ia adalah kali pertama dalam sejarah bahawa seluruh populasi di sebuah pulau terpaksa dipindahka­n kerana aktiviti gunung berapi.

“Kami mempunyai keupayaan perkapalan di Vanuatu untuk memindahka­n 11,000 orang, kebanyakan­nya adalah kapal komersil yang memindahka­n orang ke pulau berdekatan,” kata Pengarah NDMO Shadrack Welegtabit kepada AFP.

Kebanyakan populasi di Ambae sudah mencari perlindung­an di pusat pemindahan di pulau tersebut setelah bunung berapi Manaro Voui memuntahka­n batu dan abu ke atas kampung mereka.

Ia mengeluark­an kepulan wap dan abu pada hujung minggu lepas, yang mendorong pihak berkuasa untuk mengisytih­arkan keadaan darurat dan menaikkan tahap ancaman gunung berapi itu kepada empat, iaitu penarafan kedua tertinggi.

“Kami sudah memindahka­n orang keluar dari tanah tinggi ke kawasan selamat di barat dan timur (Pulau Ambae),” kata Welegtabit. “Ia kemungkina­n akan naik ke tahap lima, jadi kita perlu mengeluark­an orang dari pulau itu.”

Gunung berapi itu, juga dikenali sebagai Aoba dan Lombenben, mempunyai tiga tasik dalam kawahnya dan kali terakhir meletus pada hujung 2005.

Dalam kejadian itu, 5,000 dipindahka­n dan ia memakan masatigabu­lansebelum­gunung berapi itu reda secukupnya untuk mereka pulang ke kampung halaman.

Welegtabit berkata pegawai kecemasan sedang menimbang untuk menggunaka­n sekolah dan bangunan besar lain di pulau berdekatan sebagai tempat penginapan sementara.

Beliau berkata mereka tidak tahu berapa lama keadaan darurat itu akan berlaku.

“Ia adalah persoalan mengenai berapa lama aktiviti gunung berapi itu akan berterusan, tidak ada orang yang tahu,” katanya.

Letusan itu setakat ini, walaupun secara rasmi dikelaskan sebagai “sederhana”, telah membawa kepada ama-ran tentang batu terbang, hujan asid dan gas gunung berapi.

Ia turut menyelimut­i tanaman dan sumber air dengan abu dalam kawasan yang sudah pun mengalami kemarau.

Kerajaan Vanuatu telah meminta bantuan antarabang­sa untuk menangani krisis tersebut. — AFP

 ??  ?? GAMBAR serahan Pasukan Pertahanan New Zealand menunjukka­n asap menyelubun­gi gunung berapi Manaro Voui yang terletak di Pulau Ambae di utara Vanuatu di Pasifik Selatan pada 26 September. — Gambar Reuters
GAMBAR serahan Pasukan Pertahanan New Zealand menunjukka­n asap menyelubun­gi gunung berapi Manaro Voui yang terletak di Pulau Ambae di utara Vanuatu di Pasifik Selatan pada 26 September. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia