Utusan Borneo (Sabah)

Hukuman askar bunuh lelaki Palestin dikurang 4 bulan

-

BAITULMAQD­IS: Ketua turus angkatan tentera Israel kelmarin mengurangk­an sebanyak empat bulan hukuman seorang askar yang disabit kesalahan atas tuduhan menembak mati seorang penyerang Palestin yang tertiarap, satu kes yang telah memecah-belah negara tersebut.

Tindakanit­umengurang­kan hukuman Elor Azaria daripada 18 kepada 14 bulan setelah askar terbabit merayu agar hukuman di-ringankan, kata jurucakap tentera Jonathan Conricus kepada AFP.

Azaria, 21, disabit kesalahan dalam perbicaraa­n tentera yang menyebabka­n perselisih­an terbuka yang luar biasa di antara ketua tentera dengan ahli politik tertinggi negara.

Ketua turus angkatan tentera Gadi Eisenkot berulang kali mengecam tindakan Azaria, yang bertentang­an dengan pendapat ahli politik haluan kanan termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang menuntut agar askar itu dilepaskan.

“Walaupun hakikatnya bahawa ia adalah jelas daripada kata-kata ketua turus bahawa tindakan Azaria bercanggah dengan tatalaku dan nilai IDF ( Tentera Pertahanan Israel), beliau memutuskan untuk berbuat demikian kerana mengambil kira hakikat bahawa tertuduh adalah seorang askar perang dan seorang pahlawan” yang sudah “banyak menanggung sengsara”, kata Conricus tentang penguranga­n itu.

Dalam sepucuk surat kepada Azaria, Eisenkot menulis “ia mesti disebut dari mula lagi dengan terang dan jelas bahawa dari sudut pandangan ketua turus, kelakuan anda tidak wajar dan bertentang­an dengan arahan dan nilai tentera”.

“Bagaimanap­un ketua turus percaya ia adalah wajar untuk menimbang kemurahan hati dan belas kasihan dengan mengambil kira rekod anda yang lalu sebagai seorang askar perang dalam arena operasi”.

Kejadian tembakan pada Mac 2016 berkenaan di kota Hebron yang dikuasai Israel di Tebing Barat dirakamkan dengan video oleh sebuah kumpulan hak asasi manusia dan tular dengan meluas dalam talian.

Ia menunjukka­n Abdul Fatah al- Sharif, 21, yang terlantar cedera di atas tanah, ditembak bersama seorang lagi penduduk Palestin selepas dia menikam dan mencederak­an seorang askar, menurut tentera.

Kira-kira 11 minit selepas kejadian tembakan awal, Azaria, seorang sarjan dan medik tentera ketika insiden itu berlaku, menembakny­a di kepala tanpa sebarang provokasi.

Dia berkata dia bimbang Sharif memakai tali pinggang bahan letupan dan akan meletupkan diri, satu dakwaan yang ditolak oleh hakim.

“Motifnya untuk menembak ialah dia rasa pengganas itu sewajarnya mati,” kata Hakim Kolonel Maya Heller ketika beliau membaca keputusan mahkamah pada Januari lalu.

Pada30Jula­ilalu, mahkamah tentera menolak rayuan Azaria terhadap pensabitan­nya bagi kesalahan membunuh tanpa niat.

Warga Perancis- Israel itu dapat merayu kepada mahkamah tertinggi negara, tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian selepas Menteri Pertahanan Avigdor Lieberman merayu baginya untuk membolehka­n negara melangkah ke hadapan.

Beliau sebaliknya meminta penguranga­n hukuman dari Eisenkot, dan meminta hukuman penjara digantikan dengan khidmat masyarakat.

Azaria juga boleh memohon pengampuna­n dari Presiden Israel Reuven Rivlin, dan ketua haluan kanan termasuk Netanyahu meminta agar ia diberikan.

Perbicaraa­n itu memukau Israel dan mengetenga­hkan perbezaan yang mendalam dalam pendapat awam di antara mereka yang mengutuk kejadian tembakan itu dengan mereka yang mendakwa ia adalah wajar.

Kumpulan hak asasi manusia menjadikan kes itu sebagai satu contoh bagi apa yang mereka sebut sebagai sistem keadilan yang tidak sama rata bagi warga Israel dan penduduk Palestin.

Amnesty Internatio­nal menyatakan hukuman Azaria “tidak mencermink­an keseriusan kesalahan itu”.

Pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata ia adalah hukuman yang “tidak dapat diterima” bagi “pembunuhan luar bidang kehakiman”.

Azaria menamatkan khidmat tentera mandatori selama tiga tahun pada 20 Julai lalu. — AFP

 ??  ?? AZARIA (tengah), ditemani ahli keluargany­a, ketika mendengar keputusan berhubung hukuman penjara 18 bulan ke atasnya kerana menembak mati penyerang Palestin yang tertiarap, di mahkamah rayuan tentera Israel di Tel Aviv pada 30 Julai lalu. — Gambar...
AZARIA (tengah), ditemani ahli keluargany­a, ketika mendengar keputusan berhubung hukuman penjara 18 bulan ke atasnya kerana menembak mati penyerang Palestin yang tertiarap, di mahkamah rayuan tentera Israel di Tel Aviv pada 30 Julai lalu. — Gambar...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia