Utusan Borneo (Sabah)

Klagan Regency tampil Chef Yoong

Tonjol kreativiti dan inovasi setiap menu masakan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Hotel The Klagan Regency menampilka­n kebolehan Chef Banquet mereka iaitu Chef Liu Soon Yoong bagi memberi kelainan, keunikan dan keenakan pada setiap menu yang ditawarkan.

Yoong yang memiliki pengalaman lebih 22 tahun dalam bidang masakan di pelbagai hotel dan restoran terkenalit­uterusmemb­uktikan kreativiti dan inovasinya mengetuai briged dapur.

Beliau pernah mengambil bahagian dalam pertanding­an World Chinese Culinary di Taipei, Pertanding­an Chef Golden Chef kali keempat dan kelima serta Pertanding­an Cabaran Internatio­nal Young Chef Chinese Culinary.

Beliau juga pernah mendapat anugerah sebagai Penyumbang Cemerlang dalam Persatuan Restoran & Chef Pan Malaysia Koo Soo serta Perkhidmat­an Makanan Nestle.

Latihan dan cabaran selama dua dekad di hotel itu menjadikan ia sebagai pengalaman yang mendorong beliau terus menerokai semua bidang masakan.

Bersua dengan pelbagai chef meningkatk­an lagi kepakaran pengurusan masakan dan dapur di dalam negara termasuk di Singapura, Hangzhou, Scotland dan Ireland ketika beliau pernah bekerja dengan ahli veteran

“Kami memiliki banyak jenis ruangan acara majlis makan yang boleh ditempah mengikut tarikh yang sesuai oleh pelanggan bagi pelbagai ” majlis mahupun program

bidang makanan dan minuman di bawah bimbingan pelbagai chef terkenal.

Sudah semestinya, dengan pengetahua­n luas dalam gaya dan budaya masakan yang

STEPHEN CK LEE

Pengurus Operasi Bahagian Makanan dan Minuman

berbeza, tetamu akan dapat menikmati rasa keaslian masakan Barat dan Asia melalui sentuhan moden dan tempatan.

Sementara itu, Pengurus Operasi Bahagian Makanan dan Minuman Stephen CK Lee berkata, pelanggan yang datang ke Klagan Regency pasti berpuas hati dengan layanan dan hidangan di ruangan acara majlis makan atau dewan utama hotel.

Katanya, Klagan Regency menawarkan perkhidmat­an hidangan bagi pelbagai acara seperti Makan Malam Tahunan, Malam Graduasi, Sesi Mesyuarat dan Program serta Resepsi Perkahwina­n.

“Kami memiliki banyak jenis ruangan acara majlis makan yang boleh ditempah mengikut tarikh yang sesuai oleh pelanggan bagi pelbagai majlis mahupun program.

“Dewan yang disediakan juga boleh memuatkan sehingga 1,000 tetamu dalam satu majlis besar-besaran,” katanya.

 ??  ?? CHEF Yoong ( kiri), Stephen (tengah) dan Stella (kanan) menunjukka­n salah satu set hidangan masakan yang ditawarkan di Hotel The Klagan Regency.
CHEF Yoong ( kiri), Stephen (tengah) dan Stella (kanan) menunjukka­n salah satu set hidangan masakan yang ditawarkan di Hotel The Klagan Regency.
 ??  ?? HIDANGAN ‘Five Hot and Cold Combinatio­n’ yang ada di Hotel Klagan Regency.
HIDANGAN ‘Five Hot and Cold Combinatio­n’ yang ada di Hotel Klagan Regency.
 ??  ?? HIDANGAN Pakis Kerabu ala Sabah yang sungguh menyelerak­an.
HIDANGAN Pakis Kerabu ala Sabah yang sungguh menyelerak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia