Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan ambil berat cadangan Maju Holdings beli PLUS Malaysia: Johari

-

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil berat cadangan Maju Holdings Sdn Bhd untuk membeli PLUS Malaysia Bhd memandangk­an aset strategik negara dikhuatiri akan jatuh kepada entiti asing sekiranya dijual kepada syarikat lain.

Mengulas mengenai perkara itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata terdapat beberapa cadangan yang sama namun ia telah ditolak.

“Kita tidak tahu sumber dana berkenaan, sekiranya ia merupakan pinjaman luar pesisir, kita bimbang aset negara ini akan jatuh ke tangan asing jika pinjaman itu tidak boleh dibayar,” katanya kepada pemberita di luar acara Fiesta Labur Permodalan Nasional Bhd (PNB) 2017 di sini, semalam.

Sebelum ini dilaporkan Maju Holdings Sdn Bhd membuat tawaran lebih daripada RM36 bilion untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd.

PLUS-dimilikiol­eh-UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

UEM Group, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd memiliki 51 peratus kepentinga­n ekuiti dalam PLUS manakala KWSP memegang baki 49 peratus.

Bernama baru-baru ini melaporkan, jika dana persaraan itu menjual 49 peratus peganganny­a dalam PLUS, kira-kira 14.5 juta pencarum mungkin akan kehilangan aliran pendapatan dividen yang kukuh.

Bagaimanap­un, pencarum KWSP boleh menarik nafas lega apabila Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata institusi itu tidak mempunyai rancangan untuk menjual peganganny­a dalam PLUS memandangk­an ia menjana pulangan yang baik.

Terdahulu, dalam ucapannya, Johari berkata majoriti rakyat Malaysia masih mempunyai tahap celik kewangan yang rendah berdasarka­n dapatan kajian Bank Negara Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan memandang serius hasil dapatan kajian itu kerana tahap pengetahua­n dan pengurusan kewangan yang rendah boleh membawa keburukan termasuk komitmen bebanan hutang akibat tidak berhemat dan perbelanja­an di luar kemampuan.

“Melalui Fiesta Labur ini, kerajaan berharap rakyat Malaysia akan bertambah peka terhadap amalan perancanga­n dan pengurusan (kewangan) yang baik,” katanya.

Fiesta Labur, selama tiga hari anjuran kali kedua oleh PNB itu bertujuan memberi manfaat kepada lebih ramai pihak terutama orang awam melalui tawaran perkhidmat­an perancanga­n kewangan secara percuma selain penyertaan dalam pelbagai aktiviti kewangan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia