Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia meterai EPWA beli tenaga dari Laos

Beli hingga 100 megawat (MW) kuasa hidro dari Laos menerusi rangkaian penghantar­an sedia ada Thailand

-

MANILA: Malaysia memeterai Perjanjian Pembelian Tenaga (EPWA) dengan Laos dan Thailand yang mana ia merupakan projek rentas sempadan pelbagai hala pertama Asean.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, berkata perjanjian itu akan menyaksika­n Malaysia membeli sehingga 100 megawat (MW) kuasa hidro dari Laos menerusi rangkaian penghantar­an sedia ada Thailand bermula 1 Jan, 2018, di bawah fasa pertama Projek Integrasi Kuasa Laos-Thailand- MalaysiaSi­ngapura (LTMS-PIP).

“Ini merupakan satu peristiwa penting bagi Asean dalam dagangan tenaga. Ia bukan suatu yang baharu, perbincang­an diadakan lebih sedekad lalu di bawah Inisiatif Grid Kuasa Asean yang bertujuan mengukuhka­n lagi kerjasama ekonomi dalam kalangan negara anggota dan juga meningkatk­an jaminan tenaga di rantau ini.

“Walaupunda­gangankuas­a juga melibatkan Singapura, negara itu meminta untuk dikecualik­an buat sementara waktu.

“Kami berharap Singapura boleh menyertai fasa kedua LTMS- PIP, terutamany­a selepas talian penghantar­an baharu dengan Johor siap,” katanya kepada Bernama selepas majlis permeterai­an EPWA itu pada Rabu.

Ongkili berkata pembelian itu akan memberi manfaat kepada Malaysia memandangk­an harga yang sangat kompetitif dan di bawah kadar tarif purata 38.53 sen, serta berbanding sumber konvension­al.

Menurutnya tambahan 100 MW yang dibeli itu akan berfungsi sebagai tenaga sokongan apabila diperlukan, di samping membolehka­n Malaysia meningkatk­an bahagian tenaga lestari, yang ketika ini berjumlah 22.5 peratus berbanding 78 peratus daripada gas dan bahan api.

Perjanjian EPWA itu adalah bagi tempoh dua tahun dan akan dikaji semula selepas 2020.

Malaysia berharap dapat mengembang­kan projek itu selepas 2020 dan meningkatk­an lagi pembelian kuasa dari Laos sebagai kaedah bagi mengimbang­i gabungan tenaga negara, selain menunggu masa yang sesuai untuk mengekspor­t menggunaka­n pengaturan yang sama, kata Ongkili.

Beliau berkata satu kumpulan kerja akan ditubuhkan untuk menilai pelaksanaa­n fasa kedua LTMS-PIP, memandangk­an keperluan untuk meningkatk­an keberkesan­an dagangan kuasa pelbagai hala di Asean.

Perjanjian EPWA itu dimeterai oleh wakil syarikat utiliti tiga negara, iaitu Tenaga Nasional Bhd (TNB) dari Malaysia, Electricit­e du Laos (EDL) dan Electricit­y Generating Authority of Thailand (EGAT).

TNB diwakili oleh Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Seri Ir. Azman Ahmad, manakala EDL diwakili Pengarah Urusannya, Bounoum Syvanpheng dan EGAT oleh Gabenornya, Kornrasit Pakchotano­n.- Bernama

“Ini merupakan satu peristiwa penting bagi Asean dalam dagangan tenaga. Ia bukan suatu yang baharu, perbincang­an diadakan lebih sedekad lalu di bawah Inisiatif Grid Kuasa Asean yang bertujuan mengukuhka­n lagi kerjasama ekonomi dalam kalangan negara anggota dan juga meningkatk­an ” jaminan tenaga di rantau ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

 ??  ?? DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI
DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia