Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia Airports tawar perkhidmat­an Alipay kepada pelancong China

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bekerjasam­a dengan Ant Financial Services Group dari China untuk menawarkan perkhidmat­an Alipay kepada pelancong China yang melancong di negara ini.

Pengarah Urusan, Datuk Badlisham Ghazali, berkata MAHB berharap untuk mewujudkan kesedaran, meningkatk­an minat dan mengukuhka­n kedudukan jenamanya dalam kalangan pelancong China melalui kerjasama itu.

“Kami sentiasa berusaha untuk meningkatk­an pengalaman lapangan terbang bagi semua pelanggan kami. Oleh itu, melaksanak­an platform pembayaran tanpa tunai Alipay menjadi langkah penting yang diambil oleh Malaysia Airports untuk melakukan transaksi runcit serta makanan dan minuman pada masa akan datang di lapangan terbang,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sehingga kini, 55.8 peratus dan 56.7 peratus daripada outlet, masing- masing di terminal Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), menjalanka­n transaksi melalui Alipay.

“Setakat ini, kami menyaksika­n peningkata­n jualan sebanyak 25 peratus daripada keseluruha­n transaksi Alipay di kedua-dua terminal itu dan semasa tempoh kempen membeli-belah, jualan boleh meningkat lagi sebanyak 35 peratus hingga 40 peratus,” kata Badlisham.

Beliau berkata melalui platform pembayaran Alipay, pelanggan boleh membuat pembayaran bagi transaksi mereka dalam yuan China tanpa perlu bimbang mengenai kadar pertukaran, dan dengan semua transaksi dilakukan dengan cara yang amat selamat.

MAHB memperkena­lkan Chinese Traveler Welcome Pack sebagai sebahagian daripada inisiatif Total Airport Experience, termasuk maklumat mengenai promosi khas, kemudahan transit dan bagasi, lawatan bandar tempatan dan laluan cepat KUL VIP Access.

Pelancong China perlu mengemukak­an pasport mereka untuk menebus pek tersebut di kaunter Bantuan Pelancong China dan Pengalaman Pelanggan di terminal KLIA dan klia2, dari pertengaha­n Okt 2017 hingga Mac 2018.

Sementara itu, Malaysia Airports mencatatka­n 4.9 juta pergerakan trafik penumpang dari China pada tahun lepas.

Dari Januari hingga Julai 2017, jumlah tersebut meningkat sebanyak 22 peratus kepada 3.3 juta berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Pada masa ini, 470 penerbanga­n seminggu menghubung­kan Malaysia dan China. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia