Utusan Borneo (Sabah)

Jualan barang runcit 11street Malaysia meningkat 158 peratus

-

KUALA LUMPUR: Jualan kategori barang runcit 11street Malaysia meningkat sebanyak 158 peratus tahun ke tahun dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Chuljin Yoon dalam satu kenyataan berkata lima produk barang runcit utama yang dikenal pasti paling banyak dibeli dalam talian di negara ini ialah serbuk malt coklat, susu tepung, lampin, minuman berkarbona­t dan bijirin.

“Tingkah laku membelibel­ah dalam talian di Malaysia telah berubah dengan drastik sejak setahun lalu, daripada pembelian produk gaya hidup, elektronik dan kecantikan kini turut melibatkan barang runcit dan laris dalam pasaran,” katanya.

Beliau berkata selain itu, trend dalam penghantar­an barangan segar juga semakin meluas seiring dengan pertambaha­n syarikat pemula niaga yang terlibat dengan penghantar­an barang runcit.

Justeru itu, bagi memenuhi permintaan yang meningkat terhadap barangan kediaman dan barang runcit dalam talian, 11street melancarka­n Mart 11, perkhidmat­an penghantar­an dalam tempoh 48 jam di Lembah Klang.

“Kami meramalkan potensi dalam pasaran Malaysia untuk terus mengorak langkah dalam revolusi pembelian barang runcit.

“Dengan kewujudan Mart 11, kami yakin 11street akan menjadi peneraju dalam pasaran pembelian barang runcit dalam talian di negara ini,” katanya.

Yoon berkata syarikat itu akan terus menyediaka­n khidmat kepada pelanggan untuk mendapatka­n pelabagai produk yang diingini dengan perkhidmat­an logistik yang dipercayai pada kadar yang kompetitif. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia