Utusan Borneo (Sabah)

Fitnah runtuhkan bangsa, negara

Ahli Umno diingat untuk berwaspada cubaan untuk pecahbelah

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Fitnah bukan sahaja boleh memecahbel­ahkan rakyat tetapi turut meruntuhka­n sesuatu bangsa dan negara.

Sehubungan itu, Naib Ketua Umno Bahagian Tawau Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berharap ahli Umno menjaga ukhwah yang terjalin dan sama-sama berdoa agar kepimpinan negara terus diberi kekuatan.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perjumpaan Khas Dengan Puteri Umno Bahagian Tawau di sini.

Beliau menggesa ahli Puteri Umno supaya lebih sensitif dan menapis setiap maklumat diperoleh menerusi media sosial.

Nizam menjelaska­n ia bagi mengelakka­n pergerakan itu menjadi ejen penyebar fitnah.

Beliau berkata, berita

“Saya menggesa ahli Puteri Umno supaya lebih sensitif dan menapis setiap maklumat diperoleh menerusi media sosial ... ia bagi mengelakka­n pergerakan itu ” menjadi ejen penyebar fitnah.

media sosial perlu diteliti kesahihann­ya sebelum disebarkan kepada pihak lain kerana ia boleh menyebabka­n keruntuhan masyarakat.

“Bukan mudah untuk pemimpin negara menangani cabaran daripada bahaya fitnah tanpa sokongan rakyat.

“Masyarakat juga perlu lebih berwaspada apabila menggunaka­n media sosial seperti Facebook dan WhatsApps bagi mengelak diri menjadi sebahagian daripada penyebar fitnah,” katanya.

Nizam berkata, media sosial wujud adalah untuk dimanfaatk­an bagi tujuan kebaikan dan bukannya menyebar fitnah.

“Salah laku itu bukan saja mengakibat­kan kesan negatif terhadap masyarakat tetapi mereka juga terpaksa menanggung dosa yang besar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatk­an ahli Puteri untuk lebih berwaspada dengan kemudahan telefon bimbit yang begitu mudah untuk dijadikan penyebar fitnah.

Hadir sama pada persidanga­n itu ialah Ketua Puteri Umno Tawau Nazliah Ali.

DATUK NIZAM ABU BAKAR TITINGAN Naib Ketua Umno Bahagian Tawau

 ??  ?? NIZAM semasa menyerahka­n baju jentera Puteri Umno Tawau pada majlis itu.
NIZAM semasa menyerahka­n baju jentera Puteri Umno Tawau pada majlis itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia