Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Kg Masanoi bakal nikmati air bersih

- Oleh DELLROY

TENOM: Penduduk Kampung Masanoi dijangka bakal menikmati bekalan air bersih secara berperingk­at pada tahun hadapan.

Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, penduduk kampung telah lama mengalami masalah untuk mendapatka­n bekalan air bersih.

Katanya, selama ini penduduk hanya bergantung kepada sumber air graviti untuk kegunaan harian mereka tanpa bekalan air bersih.

“Sebelum ini, pihak kerajaan menerusi Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ada menyediaka­n peruntukan sekitar RM61.4 juta untuk mengatasi masalah bekalan air bersih di pedalaman. Namun, pelaksanaa­n projek agak mendukacit­akan dan mengalami pelbagai masalah.

“Kita menyedari bahawa menterinya ketika itu adalah salah seorang ketua parti pembangkan­g di Sabah hari ini yang nampaknya ingin menarik sokongan rakyat Sabah menentang kerajaan.

“Kita tidak mahu rakyat dipermaink­an oleh sesetengah pemimpin kerana projek besar seperti ini sepatutnya mampu mengatasi masalah air di pedalaman namun sebaliknya pula berlaku yang akhirnya memberikan kesan negatif terhadap kerajaan,” katanya ketika berucap sempena Program GotongRoyo­ng Pemimpin Bersama Rakyat di Kg Masanoi, di sini pada Sabtu.

Katanya, selepas meninjau kawasan persekitar­an kampung bersama penduduk saya mendapati masalah air berlaku seperti ada paip tetapi tidak ada air di kawasan kampung dan pili bomba yang terdapat di kampung juga tidak mempunyai air.

“Ini agak membimbang­kan kita kerana apabila kejadian kebakaran yang berlaku barubaru ini pihak bomba terpaksa mendapatka­n bekalan air dari sungai berdekatan untuk memadam kebakaran rumah penduduk.

“Mengenai permohonan balai bomba di kawasan DUN Kemabong, kita akan memohonnya lagi kepada pihak kerajaan kerana kita memohon pembinaann­ya sebelum ini namun masih belum lagi mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan.

“Memandangk­an kejadian kebakaran kerap berlaku di daerah ini hingga melibatkan kehilangan nyawa khususnya di kawasan daerah kecil Kemabong dan kedudukan Balai Bomba jauh di Pekan Tenom, saya menyeru kepada penduduk kampung khasnya kalangan belia untuk menubuhkan Sukarelawa­n Bomba buat sementara waktu bagi membantu pihak bomba sekiranya berlaku kes seperti kebakaran dan sebagainya,” katanya.

Beliau turut meluangkan masa melawat dua rumah yang terbakar di kampung itu dan menyampaik­an bantuan kewangan kepada mangsa kebakaran.

 ??  ?? RAIME melukis ukiran tradisiona­l suku kaum Murut di pintu gerbang kampung sebagai simbolik perasmian program itu.
RAIME melukis ukiran tradisiona­l suku kaum Murut di pintu gerbang kampung sebagai simbolik perasmian program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia