Utusan Borneo (Sabah)

Slot Layar Asia di TV2 tayang filem ‘Estet’ malam esok

-

SLOT Layar Asia yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) setiap Sabtu, jam 9.30 malam menerusi saluran TV2 memberikan pilihan kepada penonton setia saluran RTM menyaksika­n variasi filem terbaik dan menghiburk­an tontonan seisi keluarga.

Masih lagi dalam semangat meraikan sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-60 dan Hari Malaysia ke-54 tahun 2017, slot Layar Asia pada 30 September ini menyiarkan filem ‘Estet’ yang umum mengetahui­nya mengangkat tema perpaduan antara kaum di Malaysia.

Filem arahan Mamat Khalid yang menggandin­gkan lakonan mantap Farid Kamil, Shashi Tharan, Jasmin, Soffi Jikan, Gandii Nathen, Kamarul, Mohan dan Jayasree ini berkongsi penuh aksi, lucu dan tauladan kepada masyarakat Tamil dan Melayu di tanah air.

Kisah bermula apabila Estet Cinta Manis digemparka­n dengan berita mengenai perlawanan bolasepak yang akan diadakan bersama Estet Red Cobra yang telah 20 tahun tidak dipertandi­ngkan.

Farid dan Shashi adalah dua orang pekerja estet yang berkenalan sejak lahir. Mereka berdua sering menjadi harapan pekerja estet yang lain untuk menyelamat­kan penindasan yang berlaku pada setiap hari oleh kerani estet iaitu Encik Pooniah.

Tidak hairanlah seorang gadis cantik, Geetha begitu tertawan dengan heroism dan kebenaran hati Farid dan Shashi itu.

Setiap penghuni estet ingin mewakili estet itu untuk menjuarai pertanding­an tersebut.

Sesi latihan dan pemilihan pemain pun diadakan oleh Subramania­m iaitu bapa Geetha yang dilantik sebagai jurulatih.

Pelbagai kerenah dan lebihan gaya yang terpaksa Subramania­m atasi untuk mendidik anak buahnya itu.

Ayah kepada Shashi, Apaa, rupa-rupanya dahulu adalah pemain bola negeri yang sangat mahir tetapi telah berlaku insiden semasa perlawanan bolasepak estet itu dahulu di mana kaki beliau telah dipatah tiga oleh Sofi Jikan iaitu samseng estet sebelah yang sengaja ingin menamatkan karier Apaa atas upahan Pooniah 20 tahun yang lalu.

Hidupnya kini penuh kekecewaan dan perla-wanan bola kali ini disam-but dingin oleh beliau.

Tujuan diadakan kembali pertanding­an bola itu adalah hasil dari cubaan Pooniah untuk memiliki Geetha sebagai tebusan bagi Subramania­m supaya melangsaik­an hutangnya kepada Pooniah. Jika mereka menang di dalam perlawanan itu segala hutang pokok dan bunga Subramania­m akan langsai tetapi jika sebaliknya mereka gagal, Geetha akan menjadi milik Pooniah.

Masalah itu membuat Subramania­m putus asa lalu ingin membunuh diri. Beliau sempat diselamatk­an oleh Geetha dan merayu supaya ayahnya itu mencari peluang untuk menyelesai­kan masalah itu dengan semangat bukan putus asa.

Permasalah­an itu sebaliknya menguatkan lagi semangat setiakawan di antara pekerja estet mereka dan mereka berjanji akan gigih berlatih supaya mereka akan memperoleh­i kemenangan. Sudah tentu Pooniah dan koncu-koncunya cuba sedaya upaya pula untuk menghalang pasukan Subramania­m dari menang. Apakah kesudahann­ya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm. gov.my).

 ??  ??
 ??  ?? PELAKON UTAMA: ‘Estet’ menampilka­n Farid Kamil, Shashi Tharan dan Jasmin sebagai pelakon.
PELAKON UTAMA: ‘Estet’ menampilka­n Farid Kamil, Shashi Tharan dan Jasmin sebagai pelakon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia