Utusan Borneo (Sabah)

Shareda terap pendekatan terbaik

Galak penglibata­n lebih ramai golongan muda

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Penglibata­n lebih ramai generasi muda dalam industri hartanah adalah satu pendekatan terbaik yang diterapkan oleh Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda).

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, sudah sampai masanya Malaysia mengambil pendekatan seumpama itu.

Katanya, negara kini menuju ke arah pembanguna­n secara menyeluruh dan memerlukan modal insan untuk maju.

“Sekarang ini tidak lagi sesuai bagi masyarakat kita melahirkan orang yang hanya pintar dalam mencari keuntungan.

“Tetapi, kita perlu galakkan penglibata­n lebih ramai pihak terutamany­a golongan muda yang boleh menggunaka­n kepintaran dan inovasi untuk menjadikan dunia kita lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Pelancaran Ekspo Hartanah ( Propex) 2017 anjuran Shareda di sini pada Khamis. Teks ucapan Musa disampaika­n oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor.

Musa berkata, industri hartanah sentiasa berhadapan dengan banyak cabaran sejak dahulu lagi.

Menurutnya, pelbagai isu berkaitan dengan hartanah dan industri perumahan memerlukan perhatian daripada penggiat industri termasukla­h pihak pemaju.

“Kini, kita melihat kepada isu yang lebih besar seperti rumah mampu milik dengan harga yang berpatutan dan juga skim ‘ Malaysia My Second Home’.

“Menerusi skim ini, kita mahu menarik lebih ramai pembeli asing tanpa meletakkan harga rumah ke tahap yang tidak sepatutnya,” jelasnya.

Dalam pada itu jelasnya, industri pembanguna­n hartanah dan perumahan memerlukan jalinan kerjasama yang berpanjang­an antara kerajaan dan pemain industri.

Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa mendengar dan prihatin terhadap isu yang dikemukaka­n dan berusaha mencari penyelesai­an yang wajar untuk semua pihak.

Turut hadir, Presiden Shareda Chew Sang Hai dan Pengerus Penganjur Propex Jen Kah.

 ??  ?? HAJIJI (tengah) menyaksika­n Chew (dua kanan) bertukar dokumen MoU dengan wakil Property Hunter pada majlis itu.
HAJIJI (tengah) menyaksika­n Chew (dua kanan) bertukar dokumen MoU dengan wakil Property Hunter pada majlis itu.
 ??  ?? PENERANGAN daripada peserta Propex ketika Hajiji melawat tapak pameran.
PENERANGAN daripada peserta Propex ketika Hajiji melawat tapak pameran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia