PENGHORMATAN TERAKHIR...
Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Datuk Seri Panglima Stephen Robert Evans di Taman Kali, Keningau pada Khamis.
Evans yang merupakan mantan senator, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri meninggal dunia pada Rabu.
Turut kelihatan ialah balu Evans, Datin Seri Jane Tay (kiri). Musa ditemani oleh Pegawai Daerah Keningau Haji Yusof Osman.