Utusan Borneo (Sabah)

Uggah arah kerja bangun infrastruk­tur TKPM Rampangi disiapkan

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengarahka­n semua kerja membangunk­an infrastruk­tur di Taman Kekal Pengeluara­n Makanan ( TKPM) Rampangi di Jalan Sultan Tengah di sini disiapkan bagi membolehka­n ia beroperasi sepenuhnya Januari 2018.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke TKPM Rampangi semalam bersama beberapa pegawai daripada Jabatan Pertanian Sarawak ( JPS), Stesen Penyelidik­an Rampangi, Jabatan Kerja Raya ( JKR) dan peserta TKPM Rampangi.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata TKPM Rampangi akan berperanan sebagai pusat inkubator untuk usahawan tani muda di Sarawak.

“TKPM Rampangi apabila beroperasi sepenuhnya kelak, akan berperanan sebagai pusat inkubator untuk usahawan tani muda di Sarawak.

“Kemudahank­emudahan di sini boleh dibangunka­n untuk menjadikan­nya kawasan pertanian moden menggunaka­n teknologi tinggi,” katanya.

Beliau dalam pada itu gembira mendapati beberapa peserta TKPM Rampangi sudah mula mengusahak­an tanaman masing- masing walaupun taman itu belum beroperasi sepenuhnya.

Pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei 2017, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata TKPM Rampangi antara tiga kawasan baharu TKPM yang sedang dibangunka­n selain Penipah (Mukah) dan Pejiru (Bau).

Lapan lagi kawasan TKPM sedang dalam perancanga­n termasuk TKPM Debak ( Betong) yang dijangka beroperasi menjelang 2020.

Ketika ini terdapat dua TKPM, melibatkan 69 usahawan tani, beroperasi di Sarawak iaitu TKPM Semenggok (Kuching) dan TKPM Kabuloh (Miri).

Secara keseluruha­nnya projek TKPM di Sarawak menyasarka­n keluaran hasil pertanian sebanyak 10,000 tan metrik dengan nilai RM18 juta setahun dan bakal melibatkan 165 usahawan tani dengan keluasan tanah diusahakan 729 hektar, jelasnya.

TKPM merupakan program kerajaan persekutua­n bertujuan mewujudkan Zon Kekal Pengeluara­n Makanan (ZKPM) dan menggalakk­an penglibata­n usahawan tani serta sektor swasta dalam pengeluara­n makanan.

 ??  ?? UGGAH (tiga kanan) meninjau perkembang­an kerja pembanguna­n infrastruk­tur di TKPM Rampangi, di Jalan Sultan Tengah.
UGGAH (tiga kanan) meninjau perkembang­an kerja pembanguna­n infrastruk­tur di TKPM Rampangi, di Jalan Sultan Tengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia