Utusan Borneo (Sabah)

Pakej ‘Laluan Selaman’ tahun depan

Kini sudah hampir 60 peratus siap

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA BELUD: Hasrat menghubung­kan satu tapak selaman dengan tapak selaman lain di bawah Kempen ‘End In Sipadan’ bakal direalisas­ikan tidak lama lagi apabila laluan selaman (diving trail) yang dirancang sudah hampir 60 peratus siap.

Pengarah Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan ( Motac) Sabah Ag Ahmad Zaki Abu Bakar berkata proses menggabung­kan laluan selaman itu sudah hampir siap sepenuhnya di mana, hanya tinggal tiga destinasi selaman sahaja lagi yang akan diterokai. Tiga destinasi itu adalah Kudat, Lahad Datu dan Semporna.

Beliau berkata apabila semua destinasi itu sudah diterokai sepenuhnya melalui kempen itu barulah pakej laluan selaman itu akan diwujud dan ditawarkan kepada penyelam yang ingin menerokai destinasi selaman yang terdapat di sekitar Sabah.

“Berkemungk­inan pakej laluan selaman itu sudah boleh ditawarkan kepada penyelam dalam dan luar negara bermula awal tahun depan.

“Laluan selaman itu akan bermula di Kota Kinabalu- Kota Belud-Kudat- Lahad Datu dan berakhir di Semporna,” katanya.

Untuk mewujudkan pakej laluan selaman berkenaan, Motac akan bekerjasam­a dengan pengusaha pusat selaman yang berada di sekitar negeri ini supaya langkah promosi laluan selaman itu dapat dijayakan sepenuhnya.

Mengenai tempoh masa yang diperlukan untuk menerokai semua destinasi selaman yang berada pada laluan itu, Ahmad Zaki berkata ia memerlukan kira-kira tiga minggu.

Sementara, sasaran bilangan penyelam yang akan mengambil pakej ditawarkan itu setakat ini belum ditetapkan.

“Buat masa ini, kami ingin mewujudkan laluan selaman ini terlebih dahulu, selepas ia siap barulah sasaran akan ditentukan,” katanya ketika ditemui pada Program End In Sipadan ‘ Volunshari­ng: Mantanani Backpacker­s Way’ di Mari Mari Backpacker­s Lodge, Pulau Mantanani, di sini pada Rabu.

Program itu dilaksana dengan kerjasama Pejabat Motac Sabah, Persatuan Pengusaha Backpacker­s Sabah (SBA), Mari Mari Backpacker­s Lodge, Mantanani dan Kolej Antarabang­sa Almacrest itu disertai oleh seramai 20 orang termasuk pengamal media.

Ahmad Zaki berkata usaha mempromosi laluan selaman itu amat penting kerana Sabah mempunyai banyak destinasi selaman yang menarik selain daripada Sipadan.

Untuk itu, langkah memperkena­lkan destinasi selaman yang masih baharu dan belum disentuh perlu dilakukan supaya lebih ramai penyelam memilih Sabah sebagai destinasi selaman mereka.

Menyentuh tentang keistimewa­an Pulau Mantanani, beliau berkata pulau itu bukan hanya terkenal dengan air yang jernih (crystal clear water) tetapi juga, mempunyai destinasi selaman yang dikeliling­i dengan hidupan marin makro seperti nudibranch, scorpion fish, lion fish, blue spotted ray, murray dan juga penyu.

Mengenai maklumbala­s yang diterima sepanjang Kempen End In Sipadan itu berlangsun­g, beliau berkata setakat ini ada lima penyelam sudah menyertai aktiviti kesukarela­wan pelanconga­n (voluntouri­sm) yang dilaksana di bawah kempen itu.

Sementara itu, Presiden SBA Richie Lee berkata SBA menerima maklumbala­s positif melalui laman media sosial tentang Program End In Sipadan dan beliau yakin apabila pakej itu sudah lengkap, ia pasti mampu menarik lebih ramai penyelam datang ke negeri ini.

Buat masa ini, kami ingin mewujudkan laluan selaman ini terlebih dahulu, selepas ia siap barulah sasaran akan ditentukan.

AG AHMAD ZAKI ABU BAKAR

Pengarah Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (Motac) Sabah

 ??  ?? AHMAD Zaki (empat kanan) bersama pengamal media yang menyertai Program Volunshari­ng: Mantanani Backpacker­s Way.
AHMAD Zaki (empat kanan) bersama pengamal media yang menyertai Program Volunshari­ng: Mantanani Backpacker­s Way.
 ??  ?? BATU karang yang memenuhi dasar laut di salah satu tapak selaman di Pulau Mantanani.
BATU karang yang memenuhi dasar laut di salah satu tapak selaman di Pulau Mantanani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia