Utusan Borneo (Sabah)

Jurulatih NFDP Sabah tamat kursus

Coach And Scouting Education

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Lebih 20 jurulatih Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (NFDP) negeri ini dan Labuan telah menamatkan kursus `Coach And Scouting Education’ NFDP, di sini pada Sabtu.

Peserta tersebut termasukla­h Ketua Jurulatih Remaja Negeri (KJRN) NFDP Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan Omar Maya Amat, Penyelaras Daerah Zon 1 Mohammed Hashim Hamzah, Penyelaras Daerah Zon 2 Onus Amat, Pegawai Tadbir NFDP Sabah Ibrahim Shah Alicha, jurulatih Akademi Tunas (AT) dan Pusat Latihan Daerah (PLD) Kota Kinabalu dan Keningau, jurulatih AT Kinabatang­an dan jurulatih ‘Scouting Talent’.

Omar berkata, kursus itu telah menambah baik kualiti kejurulati­han NFDP negeri ini dan Labuan.

“Saya berharap jurulatih NFDP negeri ini akan terus memperuntu­kkan masa menyertai kursus- kursus yang diadakan sama ada menerusi NFDP atau atas usaha sendiri bagi memastikan penyampaia­n sentiasa relevan kepada kumpulan sasar.

“Terima kasih kepada NFDP kerana mengadakan kursus seperti ini di mana ia tentunya satu peluang untuk menambah baik kualiti jurulatih NFDP di Sabah dan Labuan,” kata Omar.

Kursus sehari merangkumi sesi praktikal dan teori yang diadakan di Stadium Likas dan Pusat Satelit Institut Sukan Negara ( ISN) Kota Kinabalu di Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) itu turut melibatkan 16 pelatih ATdi sini.

Antara objektif kursus itu adalah memberi pendedahan aspek kejurulati­han kepada semua jurulatih NFDP berkonsepk­an latihan dan teknik latihan yang betul dan perlu diterapkan kepada pemain seawal usia tujuh tahun.

Kursus itu dikendalik­an instruktur dari NFDP iaitu Coac Educator/Talent Scout, Abdifitaah Mohamed Hassan yang juga bekas jurulatih Akademi FC Twente, Holland dan Ketua Coaching Methodolog­y And Scouting NFDP, Saad Ichalalene yang juga bekas jurulatih Akademi Paris Saint Germain, Perancis.

Kedua- dua instruktur itu juga telah melawat dan memantau pusat-pusat latihan di bawah NFDP negeri ini.

Lawatan itu juga dimanfaatk­an memberi tunjuk ajar bagaimana menilai dan memilih pemain berbakat serta cara latihan yang betul dilaksanak­an mengikut peringkat umur.

 ??  ??
 ??  ?? PESERTA kursus dan instruktur bersama pelatih AT Kota Kinabalu (barisan depan) bergambar bersama sebelum sesi latihan praktikal di Stadium Likas.
PESERTA kursus dan instruktur bersama pelatih AT Kota Kinabalu (barisan depan) bergambar bersama sebelum sesi latihan praktikal di Stadium Likas.
 ??  ?? PESERTA kursus diketuai Omar (berdiri enam dari kiri) bergambar bersama instruktur (berdiri empat dan lima dari kiri) selepas sesi teori di Pusat Satelit ISN Kota Kinabalu.
PESERTA kursus diketuai Omar (berdiri enam dari kiri) bergambar bersama instruktur (berdiri empat dan lima dari kiri) selepas sesi teori di Pusat Satelit ISN Kota Kinabalu.
 ??  ?? PELATIH AT Kota Kinabalu dijadikan model sesi latihan praktikal.
PELATIH AT Kota Kinabalu dijadikan model sesi latihan praktikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia