Utusan Borneo (Sabah)

400 kenderaan sertai Borneo Safari 2017

- - Artikel Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU: Lebih 400 kenderaan menyertai ekspedisi lasak 27th Borneo Safari Internatio­nal Offroad Challenge 2017 (Borneo Safari 2017) pada 29 Oktober hingga 5 November.

Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah (SFWDA), Faez Nordin berkata, jumlah penyertaan tersebut turut merangkumi penyertaan daripada peserta peringkat antarabang­sa dan merupakan ekspedisi pacuan empat roda terbesar di Asia Tenggara.

Katanya, hingga hari ini kita menerima lebih 400 penyertaan termasuk dari Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Jepun, England, Perancis dan China selain peserta tempatan dari Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia.

“Kita juga menjangkak­an penyertaan akan terus meningkat sebelum tarikh penutupnya pada 10 Oktober nanti,” ujarnya.

Faez turut memaklumka­n bahawa ekspedisi tersebut akan menjelajah Banjaran Crocker sejauh 600 kilometerm­eliputi Kota Kinabalu, Papar, Kimanis serta kawasan Taman-taman Sabah.

“Sepanjang ekspedisi, peserta akan melalui hampir 80 peratus kawasan lasak dan 20 peratus jalan raya meliputi laluan sungai dan berbukit.

“Cuaca yang tidak menentu akan menambah kesukaran laluan tersebut dan peserta dinasihatk­an agar membuat persediaan bukan sahaja dari segi kelasakan kenderaan tetapi juga persediaan mental dan fizikal yang mana ekspe- disi ini pasti mencabar kesabaran mereka nanti,” jelas beliau.

Faez juga berkata, selain ekspedisi merentas hutan, Borneo Safari 2017 turut mengadakan pertanding­an kepada peserta ekspedisi. “Antara pertanding­an yang akan diadakan adalah Perlumbaan Lasak yang disertai oleh 20 hingga 30 kenderaan menawarkan hadiah bernilai sehingga RM100,000.

“Turut diadakan adalah pertanding­an Pasukan Terbaik, Kenderaan Terbaik, Semangat Berpasukan Terbaik, Jungle Man, Jungle Woman dan sebagainya,” katanya kepada media selepas Majlis Menandatan­gai Perjanjian Persefaham­an (MoU) dengan UMW Grantt Internatio­nal Sdn Bhd (UMW Grantt) sebagai Penaja Platinum bagi ekspedisi tersebut.

MoU berkenaan ditandatan­gai oleh Pengurus Pemasaran UMW Grantt Nor Idura Ali Badarudin dan Pengarah SM Mechanical (M) Sdn Bhd, Tan Sim Leng.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Timbalan Presiden SFWDA, John Chak.

 ??  ?? FAEZ (tiga dari kanan) menyerahka­n MoU kepada Adura (empat dari kanan) sambil disaksikan oleh Tan (tengah) serta jawatankua­sa Borneo Safari 2017.
FAEZ (tiga dari kanan) menyerahka­n MoU kepada Adura (empat dari kanan) sambil disaksikan oleh Tan (tengah) serta jawatankua­sa Borneo Safari 2017.
 ??  ?? ADURA (enam dari kanan) menyerahka­n sumbangan minyak pelincir kenderaan, UMW Grantt kepada Faez (lima dari kanan).
ADURA (enam dari kanan) menyerahka­n sumbangan minyak pelincir kenderaan, UMW Grantt kepada Faez (lima dari kanan).
 ??  ?? FAEZ (tengah), Adura (kanan) Tan (kiri) semasa menandatan­gani MoU.
FAEZ (tengah), Adura (kanan) Tan (kiri) semasa menandatan­gani MoU.
 ??  ?? FAEZ semasa memberi penerangan kepada pihak media.
FAEZ semasa memberi penerangan kepada pihak media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia