Utusan Borneo (Sabah)

Kota Marudu tekad cipta kejutan

Pada perlawanan kelayakan bola sepak Saga empat penjuru Zon Utara

- Oleh SALMAN ABADI

KOTA MARUDU: Pasukan bola sepak wanita Kota Marudu bimbingan jurulatih Jathron Jolis Sikul menyimpan cita-cita tinggi dan bertekad mencipta kejutan dalam perlawanan kelayakan bola sepak Sukan Sabah (SAGA) Zon Utara yang sedang berlangsun­g di Kudat bermula 27 hingga 30 September ini.

Berbeza dengan pasukan lelaki yang perlu turun untuk mengekalka­n status sebagai pasukan pilihan, skuad bola sepak wanita Kota Marudu turun dengan sasaran untuk mencipta kejutan merebut tempat ke pusingan akhir pertanding­an bola sepak Saga di Sandakan pada akhir tahun ini.

Jathron selaku jurulatih berpengala­man yang membimbing pasukan ini buat kali kedua sejak 2015, mengimpika­n suatu pencapaian yang lebih besar dalam perlawanan empat penjuru itu.

Pada masa yang sama, mereka tetap menghormat­i dan berwaspada tanpa memandang rendah cabaran dari pasukan lain iaitu daerah Kota Belud, Pitas dan pasukan pilihan iaitu pasukan tuan rumah, Kudat.

Sejak mula kejohanan ini diperkenal­kan, pasukan bola sepak wanita Kota Marudu belum berupaya untuk melepasi pusingan kelayakan kejohanan.

Pasukan Kota Marudu memulakan saingan di peringkat kelayakan itu dengan bertemu pasukan Pitas pada 28 September, sebelum turun membuat perhitunga­n getir dengan pasukan tuan rumah, Kudat pada 29 September dan melengkapk­an jadual permainan bertemu pasukan Kota Belud pada 30 September.

Pada kali ini, pasukan wanita Kota Marudu diperkuatk­an oleh gandingan muka lama dan baharu yang dibentuk bagi menghadapi perlawanan kelayakan kali ini.

 ??  ?? PENJAGA gol pasukan wanita Kota Marudu gigih menjalani latihan.
PENJAGA gol pasukan wanita Kota Marudu gigih menjalani latihan.
 ??  ?? PASUKAN bola sepak wanita Saga Kota Marudu bertekad cipta kejutan.
PASUKAN bola sepak wanita Saga Kota Marudu bertekad cipta kejutan.
 ??  ?? JATHRON (kiri) memberi arahan kepada para pemain wanita Saga Kota Marudu yang kini beraksi di Kudat.
JATHRON (kiri) memberi arahan kepada para pemain wanita Saga Kota Marudu yang kini beraksi di Kudat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia