Utusan Borneo (Sabah)

Jentera bersiap hadapi PRU-14

Pelancaran PDM Mukim Paginatan Paus meriah

-

RANAU: Pelancaran Pusat Daerah Mengundi ( PDM) Mukim Paginatan Paus yang disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin di tepi Sungai Liwagu Kegibangan, Kampung Nunuk Ragang sangat meriah dengan dihadiri kira- kira 3,000 orang.

Pengerusi penganjur Japirin Sahadi berkata Majlis Pelancaran dan Santai bersama Ahli Parlimen selama dua hari itu melibatkan tujuh PDM iaitu Paginatan, Paus, Tompios, Nunuk Ragang, Matupang, Sagindai dan Tinanom.

Tujuan pelancaran adalah untuk membuat persediaan rapi sebelum Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) terutamany­a untuk menyemak semua daftar pengundi di PDM masing-masing agar tiada yang tercicir.

“Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada para belia yang dianggarka­n seramai 6,000 orang berumur 21 tahun ke atas di kawasan Paginatan yang belum mendaftar sebagai pengundi, untuk terus mendaftar sebagai pengundi di kaunter yang disediakan khas pada majlis itu.

Dalam ucapan perasmian, Ewon memuji pihak penganjur program itu terutamany­a kepada ketua PDM masing- masing yang memberikan komitmen sangat tinggi sehingga sambutan program itu begitu meriah.

Katanya, program itu amat bermakna bukan sahaja dapat memberikan peluang kepada belia untuk mendaftar terus sebagai pengundi pada PRU14 malah, sesi dialog bersama belia dan pemimpin yang turut diadakan untuk memberikan mereka peluang meluahkan pendapat dan cadangan masingmasi­ng.

Menurut beliau, program itu akan terus dilaksanak­an di beberapa PDM seluruh Parlimen Ranau selepas itu dengan tujuan yang sama di samping menerangka­n beberapa perkara atau isu penting yang sering dibangkit dan diputarbel­it oleh pihak lawan.

“Ini perlu bagi menangkis taktik dan pendirian pihak lawan yang mengatakan ‘bila kita tidak dapat tarik pengundi BN, kita akan bingungkan mereka dengan cara menghasut mereka supaya membenci kerajaan’.

“Melalui program ini, kita berharap supaya ketua-ketua PDM dan ahli jawatankua­sanya akan memperoleh­i pengetahua­n mengenai beberapa isu dan perkara semasa yang hangat untuk dijelaskan kepada rakyat di kawasan masing-masing,” katanya.

Turut hadir pada pelancaran itu ialah Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen dan Ketua Bahagian PBS Paginatan Datuk Dr Othman Minudin.

Program ini juga memberi peluang kepada para belia yang dianggarka­n seramai 6,000 orang berumur 21 tahun ke atas di kawasan Paginatan yang belum mendaftar sebagai pengundi, untuk terus mendaftar sebagai pengundi di kaunter yang disediakan khas pada majlis itu.

JAPIRIN SAHADI Pengerusi penganjur

 ??  ?? EWON (tiga kiri) diiringi Japirin (dua kiri) melawat gerai pameran dan jualan madu kelulut.
EWON (tiga kiri) diiringi Japirin (dua kiri) melawat gerai pameran dan jualan madu kelulut.
 ??  ?? EWON menyampaik­an hamper kepada wakil PDM Paus yang tersenarai sebagai PDM teramai menghantar penyertaan pada program itu.
EWON menyampaik­an hamper kepada wakil PDM Paus yang tersenarai sebagai PDM teramai menghantar penyertaan pada program itu.
 ??  ?? PESERTA rampanau menghampir­i garisan penamat untuk memenangi acara itu.
PESERTA rampanau menghampir­i garisan penamat untuk memenangi acara itu.
 ??  ?? EWON mencuba menaiki rampanau sebagai salah satu acara yang dipertandi­ngkan.
EWON mencuba menaiki rampanau sebagai salah satu acara yang dipertandi­ngkan.
 ??  ?? EWON melakukan servis bagi merasmikan pertanding­an bola tampar.
EWON melakukan servis bagi merasmikan pertanding­an bola tampar.
 ??  ?? EWON (kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang ketua PDM.
EWON (kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang ketua PDM.
 ??  ?? PARA belia dalam sesi dialog bersama Ewon dan pemimpin lain.
PARA belia dalam sesi dialog bersama Ewon dan pemimpin lain.
 ??  ?? EWON (tengah) ketika melawat ke pondok-pondok PDM.
EWON (tengah) ketika melawat ke pondok-pondok PDM.
 ??  ?? SUASANA di pondok-pondok PDM.
SUASANA di pondok-pondok PDM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia