Utusan Borneo (Sabah)

87 kontinjen sertai perbarisan

Sempena Harijadi Rasmi TYT pada 7 Oktober

-

KOTA KINABALU: Sejumlah 87 kontinjen akan mengambil bahagian dalam acara perbarisan sempena Harijadi Rasmi Yang Dipertua Negeri Sabah bertempat di Padang Merdeka pada 7 Oktober depan.

Pengerusi Jawatankua­sa Induk Harijadi Rasmi Yang Dipertua Negeri Sabah 2017, Datuk Seri Panglima Radin Malleh berkata selepas acara perbarisan itu, majlis istiadat pengurniaa­n darjah- darjah kebesaran negeri Sabah akan berlangsun­g di Istana Negeri, manakala majlis makan malam oleh kerajaan negeri Sabah akan diadakan di dewan Pusat Pentadbira­n Kerajaan Negeri Sabah.

Aktiviti lain ialah Pameran Dirgahayu Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah pada 17 Oktober di Muzium Negeri Sabah, Jamuan Teh bersama Anakanak Istimewa dan Yatim pada 19 Oktober, Pameran Karier Pilihan pada 20 Oktober di Hotel Hilton, Kejohanan Golf Kenamaan di Dalit Bay Golf and Country Club, Pantai Dalit Tuaran pada 21 Oktober, Kejohanan Berbasikal di Beaufort pada 22 Oktober dan acara kemuncak ialah Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah pada 31 Oktober di Hotel Pacific Sutera.

Radin yang juga Menteri Pembanguna­n Luar Bandar berkata kepada media selepas kunjungan hormat jawatankua­sa itu terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin bertempat di Istana Negeri Sabah pada Khamis.

“Tujuan kunjungan hormat ini adalah memaklumka­n aktiviti sempena Harijadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah serta menyampaik­an jemputan rasmi kepada Juhar untuk hadir ke acara berkenaan.

“Raptai untuk acara perbarisan yang melibatkan penyertaan dari sektor awam, swasta, badan bukan kerajaan serta para pelajar itu akan berlangsun­g pada 7 Oktober itu akan diadakan dari 4 sehingga 5 Oktober.

“Orang ramai dijemput hadir menyaksika­n acara perbarisan pada hari itu bagi memeriahka­n lagi suasana sambutan Harijadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah pada tahun ini,” katanya.

Turut serta dalam kunjungan hormat itu ialah Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Masiung Banah, Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Haji Awang Damit Haji Awang Anak, Mayor Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai serta wakil jabatan serta agensi negeri dan Persekutua­n yang terlibat dengan aktiviti berkenaan.

Orang ramai dijemput hadir menyaksika­n acara perbarisan pada hari itu bagi memeriahka­n lagi suasana sambutan Harijadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah pada tahun ini.

DATUK SERI PANGLIMA RADIN MALLEH Pengerusi Jawatankua­sa Induk Harijadi Rasmi Yang Dipertua Negeri Sabah 2017

 ??  ?? JUHAR bergambar dengan Radin, Masiung dan ahli jawatankua­sa lain selepas kunjungan hormat itu.
JUHAR bergambar dengan Radin, Masiung dan ahli jawatankua­sa lain selepas kunjungan hormat itu.
 ??  ?? RADIN menyampaik­an cendera kenangan kepada Juhar selepas kunjungan hormat berkenaan.
RADIN menyampaik­an cendera kenangan kepada Juhar selepas kunjungan hormat berkenaan.
 ??  ?? RADIN berbual dengan Juhar semasa sesi kunjungan hormat itu.
RADIN berbual dengan Juhar semasa sesi kunjungan hormat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia