Utusan Borneo (Sabah)

Bellew nafi khabar angin sertai semula Ryanair

-

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Malaysia Airlines Bhd ( MAB) Peter Bellew menafikan khabar angin bahawa beliau akan menyertai semula syarikat penerbanga­n tambang rendah dari Ireland, Ryanair Ltd.

Anak kelahiran Ireland itu, memberitah­u beliau sudah berada lama di Malaysia dan amat berbangga menjadi sebahagian daripada pelan transforma­si MAB.

“Saya berasa bangga menjadi sebahagian daripada MAB. Lebih lama saya di sini, semangat saya semakin berkobar dengan kerja yang saya buat.

“Saya amat gembira berada di sini dan ini akan menjadi pencapaian terhebat dalam hidup saya jika saya berhasil memulihkan syarikat penerbanga­n ini,” katanya, sambil menambah bahawa beliau tidak menyangka akan dilantik sebagai CEO apabila datang ke Malaysia.

Ryanair Ltd yang ditubuhkan pada 1984, beribu pejabat di Swords, Dublin.

Bellew bertugas selama sedekad di Ryanair sebelum menyertai Malaysia Airlines pada akhir 2015, awalnya sebagai Ketua Pegawai Operasi sebelum dinaikkan pangkat sebagai CEO pada pertengaha­n 2016.

Semasa bekerja dengan Ryanair, beliau telah memegang pelbagai jawatan merangkumi bahagian operasi, latihan, jualan dan pemasaran, ini memberikan pendedahan yang luas kepada pendekatan Michael O’Leary yang unik dalam mengendali­kan syarikat penerbanga­n.

Malaysia merupakan negara yang paling indah beliau pernah berada dan menganggap rakyat negara ini serupa dengan orang Ireland.

“Saya cukup bernasib baik kerana diberi peluang ini serta saya akan buat yang terbaik dan bekerja keras untuk beroleh kejayaan,” katanya.

Bellew dilantik sebagai CEO Malaysia Airlines pada 1 Julai 2016, menggantik­an Christophe­r Muller yang melepaskan tanggungja­wab atas sebab-sebab peribadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia