Utusan Borneo (Sabah)

Super Spontan Superstar 2017

minggu keempat malam ini di Astro Warna

-

KUMPULAN Tenggiling Taiko berjaya meneruskan momentum persembaha­n cemerlang mereka untuk minggu ketiga.

Kumpulan King Musang juga tidak kurang hebatnya apabila memberi saingan yang cukup sengit. Ternyata, kekalahan mereka pada minggu sebelumnya berjaya menaikkan semangat mereka untuk memberikan aksi yang terbaik.

Namun, kuasa undian yang terletak sepenuhnya pada tangan penonton memberikan sekali lagi kemenangan kepada kumpulan Tenggiling Taiko.

Ekoran itu, bukan satu tetapi dua ahli kumpulan King Musang iaitu Atu dan Fikry telah diundi keluar dari pentas Super Spontan Superstar sekaligus menyaksika­n hanya lima orang peserta sahaja yang tinggal di dalam kumpulan King Musang. Manakala, kumpulan Tenggiling Taiko masih utuh dengan kesemua lapan orang ahli kumpulan. Mampukah kumpulan King Musang mengatur strategi untuk kembali menguasai permainan di minggu keempat ini?

Sama-sama kita saksikan siapa pula yang akan tersingkir dalam Super Spontan Superstar 2017 (Minggu Keempat) pada malam ini (29 September 2017), bermula jam 10.00 malam secara langsung di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dari Panggung Percubaan, UPM, Serdang.

Bagi penganjura­n musim baharu ini, kesemua pemain dibahagika­n kepada dua kumpulan.

Kumpulan-Tenggiling Taiko yang diketuai oleh Achey dianggotai oleh Rahim, Sharif Zero, Danial, Shahrol Shiro, Mamak Puteh, Sharifah Shahira dan Ozlynn sementara kumpulan King Musang diketuai oleh Shuib dengan anggotanya terdiri Syuk Joras, Atu Zero, Fikry, Fad Bocey, Kamal Adli, Amy Mastura dan Zulin.

Sama seperti penganjura­n musim yang sudah, Super Spontan Superstar 2017 masih meneruskan konsep ‘berhibur sambil beramal’ apabila pada setiap episod, juara mingguan akan mendermaka­n sejumlah RM5,000 kepada badan kebajikan terpilih.

Juara ‘Super Spontan Superstar 2017’ akan membawa pulang RM100,000 beserta trofi. Naib juara akan meraih RM50,000 dan trofi manakala pemenang tempat ketiga akan memenangi RM25,000 dan trofi. Pemenang tempat keempat sehingga kelapan pula akan mendapat wang sagu hati bernilai RM5,000 setiap seorang.

Daripada segi pemarkahan pula, program ini memberi kuasa mutlak kepada penonton untuk penentuan pemenang mingguan sama ada kumpulan Tenggiling Taiko atau King Musang menerusi undian sistem pesanan ringkas (SMS).

Setiap minggu kumpulan yang mendapat markah tercorot harus menyingkir­kan seorang peserta daripada kumpulan mereka. Berbeza untuk minggu akhir, undian akan dilakukan bukan mengikut kumpulan tetapi mengikut individu bagi penentuan juara, naib juara, pemenang tempat ketiga dan seterusnya.

Pengemudi program iaitu tugasan ‘Pengacara’ sekali lagi akan digalas oleh personalit­i yang tidak asing lagi dalam dunia komedi, Dato’ AC Mizal. Amir Raja Lawak pula akan bertindak sebagai ‘Pengacara Bersama’ yang akan menanyakan pelbagai soalan panas kepada kedua-dua kumpulan untuk menghangat­kan suasana permainan.

Datuk Afdlin Shauki pula kekal sebagai ‘Komentator’ yang akan membuat ulasan ringkas mengenai persembaha­n setiap kumpulan sambil ditemani selebriti jemputan mingguan.

Bagi menghargai sokongan padu penonton setia program ini, Astro Circle telah menyediaka­n pelbagai hadiah menarik buat penonton seperti GoPro Hero 5 Session, Iphone 7 32GB, Sambung 40’ Full HD flat TV, iPad mini 4 128GB, Oppo R9s Gold, Playstatio­n 4 slim 500GB, pakej pelanconga­n dan macam-macam lagi. Kesemua hadiah ini boleh dimenangi dengan menjawab beberapa soalan mudah yang akan diberikan pada setiap penghujung program.

Untuk berita terkini dan aktiviti menarik buat penonton, penonton boleh melayari portal hiburan rasmi, Gempak manakala bagi mendapatka­n live update mengenai program pula, penonton boleh mengikuti laman sosial Instagram @Gempak. Radio Era FM pula bertindak sebagai ‘Radio Rasmi’ Super Spontan Superstar 2017.

 ??  ?? ATU ZERO
ATU ZERO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia