Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama erat antara persatuan dan kerajaan diperlukan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Bagi membantu kerajaan merancang pelan pembanguna­n yang efektif dan bermanfaat kepada rakyat di negeri ini, persatuan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) disaran terus bekerjasam­a erat dengan kerajaan.

Sehubungan itu, kerajaan memperkuku­h kerjasama dengan badan-badan dan pertubuhan yang mewakili semua kaum bagi memberi manfaat bukan sahaja kepada ahli sesebuah organisasi atau kaum tertentu, tetapi juga kepada rakyat keseluruha­nnya.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong persatuan berasaskan komuniti kerana kumpulan ini mewakili suara dan aspirasi setiap lapisan masyarakat.

“Saya memberi jaminan bahawa tiada kumpulan yang akan dipinggirk­an dalam menerima bantuan daripada kerajaan,” katanya berucap merasmikan Majlis Pertabalan & Mengangkat Sumpah Gabungan Dewan Perniagaan Tionghua Sabah ke-41, di sini pada malam Khamis.

Beliau berkata kerajaan juga akan terus memberi perhatian kepada isu dihadapi rakyat termasuk dalam aspek ekonomi, pendidikan dan kebajikan.

Berikutan itu, kerajaan memperuntu­kkan RM333.99 juta bagi tempoh 2004-2017 dalam membantu sekolah vernakular, sekolah mubaligh dan badan bukan beragama Islam.

Dalam pada itu, Musa turut menyaranka­n usahawan Bumiputera dan Cina di Sabah supaya terus memperkuku­h kerjasama dalam pengurusan perniagaan bagi membantu membangunk­an ekonomi negeri.

Mengenai lawatan kerjanya selama tiga hari ke China, Musa berkatam beliau berpeluang bertemu pengerusi syarikat pelanconga­n terbesar di China yang mengendali­kan enam juta pelancong China yang mengembara ke seluruh dunia.

Dalam pertemuan itu, pengerusi syarikat berkenaan memberi jaminan akan membawa satu juta pelancong China datang ke Sabah. Pada tahun lalu, pelancong China yang datang ke Sabah adalah seramai 375,000 orang.

Untuk itu, negeri ini perlu membina lebih banyak hotel penginapan terlebih dahulu bagi menerima kemasukan pelancong China.

“Inilah yang dilakukan kerajaan ketika ini iaitu menggalakk­an pembinaan lebih banyak penginapan bagi menampung peningkata­n kemasukan pelancong di Sabah. Lebih banyak penginapan dibina, lebih ramai pelancong akan datang dan ini pastinya membantu putaran ekonomi negeri,” katanya.

Padamajlis­itu,Musaturutm­engumumkan pemberian peruntukan RM100,000 kepada SUCCC.

Sementara itu Presiden SUCCC Tan Sri Andrew Liew Sui Fat memberi jaminan bahawa SUCCC akan terus bekerjasam­a dengan kerajaan negeri.

“SUCC juga berjanji akan terus melaksanak­an tugas dan peranan bagi membantu masyarakat Cina dalam bidang ekonomi dan pendidikan,” katanya.

Beliau juga menyaranka­n ahli-ahli SUCCC supaya turut bekerjasam­a dengan rakan-rakan lain dalam semua persatuan suku kaum khususnya kaum Bumiputera.

“Saya yakin dengan usaha kerjasama ini ia akan membantu kita memajukan negeri ini dengan mencapai agenda pembanguna­n ekonomi dan pendidikan yang sudah digariskan,” katanya.

 ??  ?? MUSA (duduk-tujuh kiri) bersama Andrew (duduk-enam kanan) dan barisan kepimpinan baharu SUCCC sempena majlis itu.
MUSA (duduk-tujuh kiri) bersama Andrew (duduk-enam kanan) dan barisan kepimpinan baharu SUCCC sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia