Utusan Borneo (Sabah)

Kes dipindah ke Mahkamah Tinggi

Lelaki dan wanita didakwa mengedar dadah

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, memerintah­kan kes terhadap seorang wanita dan lelaki yang didakwa mengedar dadah dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi.

Keputusan itu dilakukan oleh Majistret Jessica Ombou Kakayun terhadap Hasnawati Ajuk, 32, dan Melven Sabtal, 23, yang didakwa mengikut Seksyen 39 B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama dengan dua orang yang masih bebas mengedar dadah jenis Methamphet­amine seberat 154.36 gram.

Kesalahan dilakukan pada 9 September tahun lalu jam 2.30 petang, di restoran makanan segera KFC, di pusat beli-belah One Borneo, Jalan Sulaman, di sini.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Insp Rasydan Jasni menyatakan beliau mendapat arahan untuk meminta izin agar kes berkenaan dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi.

Kini Hasnawati dan Melven direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah, sehingga kes berkenaan selesai.

Kedua-dua tertuduh yang tidak memiliki dokumen peribadi tidak diwakili peguam.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki yang memiliki dua rekod kesalahan lampau atas kesalahan menggunaka­n dadah dikenakan penjara 60 bulan dan dua sebat.

Mohd Zaidi Zaifol dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 39 C (1) akta sama, yang boleh dipenjara antara lima tahun hingga tujuh tahun, serta dengan sebatan.

Mahkamah juga memerintah­kan tertuduh yang tidak diwakili pegum berada dalam pengawasan polis selama tempoh dua tahun.

 ??  ?? SAMPAIKAN SIJIL...Menteri Kerajaan Tempatanda­nPerumahan­DatukSeri Hj Hajiji Hj Noor telah mewakili Ketua Menteriunt­ukmelancar­kanpameran perumahan Propex17 anjuran Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (Shareda) di Kota Kinabalu pada Khamis.
Gambar...
SAMPAIKAN SIJIL...Menteri Kerajaan Tempatanda­nPerumahan­DatukSeri Hj Hajiji Hj Noor telah mewakili Ketua Menteriunt­ukmelancar­kanpameran perumahan Propex17 anjuran Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (Shareda) di Kota Kinabalu pada Khamis. Gambar...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia