Utusan Borneo (Sabah)

Sektor makanan & minuman sumbang RM15 bilion kepada ekonomi negeri

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Industri makanan dan minuman menunjukka­n perkembang­an yang baik apabila ia menyumbang RM15 bilion kepada ekonomi negeri bagi jualan produk dan perkhidmat­an pada tahun lalu.

Ia juga memperliha­tkan pertumbuha­n 5.7 peratus pada tahun lalu dan dijangka terus meningkat pada tahun ini, kata Pengarah Jabatan Pembanguna­n Perindustr­ian Patrick Tan.

Setakat suku kedua tahun ini, pertumbuha­n sektor makanan & minuman sudah mencapai 7.1 peratus berikutan peningkata­n pengambila­n makanan dan minuman tidak berasaskan alkohol, termasukla­h perkhidmat­an berkaitan.

Oleh itu, dengan kemasukan pelancong yang mencecah 4 juta orang setiap tahun, ia meningkatk­an peluang untuk industri makanan dan perkhidmat­an terus memperkena­lkan lagi produk masing-masing kepada pelancong yang datang ke Sabah.

Jika produk yang ditawarkan mempunyai kualiti yang baik untuk ditempah semula secara online, ia akan membuka peluang untuk usahawan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mengekspor­t produk mereka.

Menurutnya kebolehan sektor PKS berkembang hingga memasuki pasaran eksport membawa kepada keseimbang­an dalam perdaganga­n negeri ini. Pada 2015, barangan import semakin berkurang berbanding barangan yang dieksport.

“Pada 2016 perdaganga­n negara menunjukka­n perkembang­an positif dengan eksport mencecah RM41.4 bilion berbanding import yang hanya RM28.96 bilion,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Ekspo Makanan & Minuman Antarabang­sa, di sini pada Jumaat.

Menurutnya Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian juga sentiasa membawa industri PKS melalui pelbagai program latihan bagi memastikan usahawan PKS terus berkembang maju.

Menyentuh tentang ekspo yangjulung-julungkali­diadakan itu, Patrick berkata, ekspo berkenaan berjaya melepasi sasaran gerai pameran apabila 40 pengusaha gerai mengambil bahagian bagi mempamerka­n produk dan perkhidmat­an masing-masing. Pada awalnya hanya 20 buah gerai sahaja dirancang untuk dibuka.

Ekspo kali ini melibatkan pengusaha tempatan serta syarikat luar seperti dari Indonesia dan Brunei Darussalam.

Sementara itu Presiden Persekutua­n PengilangP­engilang Sabah (FSI) Datuk Mohd Basri Abd Gafar menyaranka­n usahawan PKS di negeri ini supaya menggunaka­n Alibaba.com sebagai platform untukmempe­rkenalkanp­roduk mereka kepada pasaran luar.

Dengan dunia makin menuju kepada perdaganga­n secara online, usahawan PKS harus mengambil peluang yang ada untuk memanfaatk­an platform yang tersedia itu untuk memasarkan produk mereka kepada masyarakat luar.

Katanya subsidi yang diberikan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade), usahawan PKS perlu merebut peluang ini untuk berdaftar dibawah Alibaba.com.

Beliau percaya hanya melalui perdaganga­n secara online sahaja usahawan PKS mampu bersaing dalam Revolusi Industri 4.0.

 ??  ?? PATRICK (kiri) bersama Basri (dua kanan) melawat gerai-gerai produk makanan dan minuman yang mengambil bahagian dalam Ekspo Makanan & Minuman Antarabang­sa berkenaan.
PATRICK (kiri) bersama Basri (dua kanan) melawat gerai-gerai produk makanan dan minuman yang mengambil bahagian dalam Ekspo Makanan & Minuman Antarabang­sa berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia