Utusan Borneo (Sabah)

Kursus ICT, BI di luar bandar

Langkah KPSKTM sedia kemahiran, tingkat daya saing

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) terus melaksana kursus Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Bahasa Inggeris (BI) di kawasan luar bandar yang terletak di Pusat e-Desa.

Menterinya Datuk Siringan Gubat berkata, sejak 2005 sehingga kini, seramai 474,989 peserta menyertai kursus ICT, manakala 20,142 peserta menghadiri kursus BI yang ditawarkan bermula 2006.

“Tahun ini sahaja seramai 4,644 orang menghadiri kursus ICT dan 269 orang pula mengikuti Kursus Bahasa Inggeris.

“Sebanyak 82 jenis kursus ICT ditawarkan, manakala 5 tahap bagi kursus BI iaitu Conversati­onal English Beginners, Conversati­onal English Elementary, Conversati­onal English Pre-Intermedia­te, Conversati­onal English Intermedia­te dan Conversati­onal Higher Intermedia­te,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Sijil Penghargaa­n Kursus IT dan Bahasa, di sini pada Jumaat.

Siringan berkata hanya lima pusat e-Desa yang mengendali­kan kursus BI tahun ini iaitu Pusat e-Desa di Pekan Kemabong, Sapagaya Hulu Lahad Datu, Kampung Karanaan Tambunan, Topokon Tamparuli, dan Kampung Matupang Ranau.

Menurutnya, setiap kursus melibatkan pelbagai organisasi seperti Badan Bukan Kerajaan (NGO), Dewan Perniagaan, Orang Kelainan Upaya (OKU), Pesara Kerajaan, Persatuan,Tadika, Sekolah Rendah, dan peserta yang dikenalpas­ti oleh Adun dan Parlimen.

“Kementeria­n kita juga DATUK SIRINGAN GUBAT

Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat melatih 856 orang dalam Kursus Bahasa Jepun, 842 orang dalam Bahasa Korea dan 700 dalam Bahasa Mandarin.

“Ekoran daripada maklumbala­s positif yang diterima, kita berusaha memastikan penganjura­n kursus- kursus ini dapat diteruskan kerana ia membawa faedah kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, seramai 28,981 peserta kursus ICT dan 2,105 peserta kursus BI menerima sijil penghargaa­n pada majlis berkenaan.

Hadir sama, Setiausaha Tetap KPSKTM Datuk Bruno Vun dan Ketua Penolong Setiausaha Kementeria­n Moira David serta Ketua Pegawai Eksekutif Advanced Business Systems Consultant­s Sdn Bhd Jeffrey Goh.

“Sebanyak 82 jenis kursus ICT ditawarkan, manakala 5 tahap bagi kursus BI iaitu Conversati­onal English Beginners, Conversati­onal English Elementary, Conversati­onal English Pre-Intermedia­te, Conversati­onal English Intermedia­te dan Conversati­onal Higher ” Intermedia­te

 ??  ?? TETAMU kehormat merakam gambar kenangan bersama peserta kursus ICT dan bahasa pada majlis berkenaan.
TETAMU kehormat merakam gambar kenangan bersama peserta kursus ICT dan bahasa pada majlis berkenaan.
 ??  ?? SIRINGAN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang wakil organisasi yang terlibat dalam Kursus ICT dan Bahasa Inggeris.
SIRINGAN menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang wakil organisasi yang terlibat dalam Kursus ICT dan Bahasa Inggeris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia