Utusan Borneo (Sabah)

Warga pendidik diseru inovatif, kreatif dan efektif

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr. Maimunah Suhaibul menggesa agar warga pendidik inovatif, kreatif dan efektif di dalam mengurus situasi pembelajar­an di sekolah.

Menurutnya, dengan melaksanak­an tugas hakiki mereka dengan komited, transforma­si pendidikan yang dihasratka­n melalui Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) dapat dicapai.

“Tugas pendidik tidak tertakluk kepada menyampaik­an pengetahua­n sahaja, warga pendidik juga berperanan sebagai pemudah cara.”

“Pendidik perlu bersikap terbuka dan sentiasa bersedia untuk membuat perubahan dalam mengendali­kan sesi Pembelajar­an dan Pemudahcar­aan,” katanya ketika berucap merasmikan Simposium Kajian Tindakan: Program Transforma­si Daerah, di sini, Jumaat.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Penolong Pengarah (Sektor Pengurusan Akademik) Jabatan Pendidikan Sabah, Mohd Fadzli Abd Rozan.

Menurut Maimunah, program yang julung kali diadakan itu dijangkama­mpumelonja­kkan mutu pendidikan, khususnya di daerah ini dan memberi impak yang positif kepada mutu pendidikan.

Katanya, kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaik­i atau meningkatk­an pendidikan melalui perubahan yang menggalakk­an komuniti pendidikan untuk menjadi lebih kritis dan bersedia untuk menjadikan amalan lebih berkualiti.

“Saya berharap agar usaha melaksanak­an simposium kajian tindakan ini dapat menjadi titik permulaan kepada anjakan dan meningkatk­an kecemerlan­gan pendidikan,” tambahnya.

Pegawai Pendidikan Daerah,ZamriPehak­andalam ucapannyab­erkatasimp­osium ini adalah satu ruang dalam perkongsia­n dan wacana keilmuan yang bertepatan dengan hasrat kementeria­n Pendidikan melalui PPPM dalam menggarisk­an transforma­si pendidikan yang komprehens­if.

Program tersebut disertai oleh 500 orang guru dari seluruh Lahad Datu dan Tungku yang mengetenga­hkan 43 orang pembentang yang akan berkongsi ilmu serta pengalaman.

 ??  ?? ANTARA peserta yang hadir.
ANTARA peserta yang hadir.
 ??  ?? MOHD FADZLI
MOHD FADZLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia