Utusan Borneo (Sabah)

Buka khidmat dobi layan diri di masjid: Exco

-

KUALA TERENGGANU: Masjid yang mempunyai lebihan dana terutama di kawasan bandar-bandar Terengganu disaran mewujudkan satu pusat perniagaan yang menawarkan pelbagai perniagaan kategori perkhidmat­an kepada masyarakat setempat sebagai jihad ekonomi umat Islam.

Pengerusi Jawatankua­sa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata antara perniagaan perkhidmat­an yang boleh beroperasi di masjid ialah seperti dobi layan diri dan mencuci kereta.

“Banyak manfaat bakal diperoleh oleh pihak pengurusan masjid iaitu menjana keuntungan yang boleh dipulangka­n semula kepada penduduk di mukim itu terutama golongan susah dan fakir miskin.

“Bagi pelanggan pula, mereka boleh meluangkan masa sementara menunggu pakaian atau kereta itu siap dicuci untuk mengikuti ceramah, kelas usrah atau melakukan ibadah yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai dobi khas untuk umat Islam yang menjadi kontrovers­i di Johor baru-baru ini.

Ghazali yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ajil berkata perkara itu perlu dilihat dengan lebih positif tanpa melibatkan isu perkauman.

“Kewujudan perniagaan kategori perkhidmat­an di masjid ini sangat tepat pada masanya terutama untuk golongan wanita yang akan berasa lebih selamat kerana masjid selalunya sentiasa dipenuhi ramai jemaah sepanjang masa dan ini boleh mengurangk­an kadar jenayah seperti ragut dan pecah kereta.

“Selain memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak mukim, perkhidmat­an ini juga sangat diperlukan oleh golongan bermusafir yang sering singgah di masjidmasj­id untuk berehat.

“Keutamaan perkhidmat­an adalah kepada penduduk Islam setempat namun kita tidak menghalang penduduk bukan Islam untuk turut mendapat perkhidmat­annya kerana Islam itu adalah agama rahmat untuk semua manusia dan sekelian alam,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia