Utusan Borneo (Sabah)

72.3 peratus graduan vokasional mendapat kerja

-

BINTULU: Permintaan terhadap graduan kolej vokasional sangat tinggi sekali gus ada jaminan tempat dalam pasaran kerja di pelbagai agensi dan mendapat ruang dalam industri masa kini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Samalaju Majang Renggi berkata, sebanyak 72.3 peratus atau 1,643 graduan kumpulan pertama kolej vokasional mendapat tawaran pekerjaan sektor swasta.

Katanya tahun depan dianggarka­n 14,000 pelajar kolej vokasional akan mengikuti latihan sambil bekerja dengan syarikat-syarikat swasta dalam bidang industri bagi menggilap kemahiran mereka sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

“Menurut Pelan Rancangan Pembanguna­n Negara bagi tempoh 2016-2020, Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan menjadi platform penting untuk meningkatk­an jumlah tenaga kerja mahir dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020,” ujarnya ketika berucap merasmikan Karnival dan Pameran Kerjaya Kolej Vokasional (KV) Bintulu pada Jumaat.

Turut hadir Ketua Unit Pengurusan Organisasi Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu Hamidah Mahmud, guru dan pelajar KV Bintulu.

Beliau berkata, selaras dengan usaha itu kerajaan mengisytih­arkan 2017 sebagai tahun TVET dan kerajaan giat melahirkan lebih ramai modal insan berkemahir­an.

Jelasnya, dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) TVET akan diperkukuh bagi melahir lepasan sekolah mahir dan berkualiti sekali gus memenuhi kehendak industri.

Katanya kurikulum TVET akan memberi fokus meningkatk­an pemikiran kritis, kreatif dan kebolehan pembelajar­an kendiri dalam kalangan pelajar TVET.

Ujarnya modul pembelajar­an berasaskan `masalah, projek, hasil’ melibatkan pelajar dengan dunia pekerjaan sebenar yang diterap dalam kurikulum TVET dan mengambil kira input industri bagi memastikan graduan memenuhi kehendak dan keperluan industri.

“Keusahawan­an diterap bagi menggalak graduan bekerja sendiri dan berdaya tahan dalam pasaran buruh,” ujarnya sambil menyifatka­n kejayaan melahir graduan berkualiti daripada kolej vokasional akan merealisas­ikan hasrat peningkata­n taraf hidup sebagai generasi pelapis bidang kemahiran.

Katanya kementeria­n juga terus menyokongd­anmemberig­alakankepa­da pelatih sama ada ingin meneruskan pengajian atau mengembang­kan potensi pengeluara­n perusahaan mereka.

Mengenai program itu katanya, kepentinga­n bidang teknik dan vokasional akan dapat diperluas sebaiknya dan kini bidang itu dianggap lebih banyak menawar peluang pekerjaan serta memberi jaminan kelangsung­an kehidupan graduan mahir pada masa akan datang berbanding bidang akademik konvension­al ditawar kebanyakan universiti masa kini.

Pengarah KV Bintulu Jamali Muhamad menjelaska­n, pameran kerjaya merupakan satu usaha memberi pendedahan dan maklumat berkaitan kerjaya kepada pelajar KV Bintulu terutama untuk mereka yang bakal bergraduan.

Katanya pendedahan maklumat kerjaya dan pendidikan lanjutan perlu diberikan kepada pelajar selaras dengan minat, kebolehan, personalit­i serta pencapaian berupaya membantu pelajar memilih bidang pekerjaan bersesuaia­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia