Utusan Borneo (Sabah)

Jaringan berganda Lukaku bantu United robek CSKA 4-1 Barca perlu bantuan Coates atasi Sporting

-

MOSCOW, Rusia: Romelu Lukaku menjaringk­an dua gol untuk membantu Manchester United menang 4-1 di CSKA Moscow dalam aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara Rabu lepas.

Penyerang antarabang­sa Belgium itu membuka jaringan seawal minit keempat dan menjaringk­an gol kedua peribadi sebelum rehat untuk gol ke-10 beliau musim ini dan membolehka­n United mendahului 3-0 pada masa rehat.

Lukaku mengambil kesempatan dari kerapuhan benteng pertahanan CSKA dengan menyempurn­akan hantaran lintang Anthony Martial.

Satu lagi kesilapan pertahanan CSKA membolehka­n United menambah jaringan dari satu tendangan penalti Martial sebelum Lukaku menjaringk­an gol ketiga perlawanan.

Henrikh Mkhitaryan melengkapk­an jaringan untuk memastikan United mengumpul enam mata maksima dari dua perlawanan.

Konstantin Kuchaev menjaringk­an gol saguhati lewat buat CSKA.

United, yang beraksi tanpa pemain tengah utama, Paul Pogba, Marouane Fellaini dan Michael Carrick, mendahului kumpulan dengan kelebihan tiga mata berbanding CSKA dan Basel.

“Saya fikir prestasi pasukan dan pemain adalah bagus,” kata pengurus United, Jose Mourinho.

“Bagi pasukan, keyakinan adalah bagus, kerana enam mata dari dua perlawanan dalam Liga Juara-Juara memberikan kami kedudukan yang baik.”

Ketiadaan pemain tengah utama tidak seperti kelihatan dalam padang dan Mourinho menegaskan ia tidak mempunyai impak ke atas pemikiran pasukan.

“Ia adalah aksi yang hebat, permulaan hebat dengan personalit­i yang menarik,” kata beliau.

“Tiada siapa bercakap tentang pemain yang tidak dapat bermain. Tiada siapa berasa risau. Semua orang mempunyai kepercayaa­n dengan pemain yang diturunkan.”

Mourinho juga berkata beliau gembira dengan aksi United dalam Liga Juara-Juara selepas beraksi dalam Liga Europa musim lepas.

“Pada penampilan terakhir Manchester United dalam Liga Juara-Juara, keputusan pasukan di gelanggang lawan tidak di tahap terbaik,” kata beliau.

“Selepas satu musim tidak beraksi, kami kembali semula dan kembali dengan aksi yang hebat di gelanggang lawan.” -Reuters LISBON, Portugal: Barcelona dipaksa bekerja-keras untuk mencipta kemenangan kedua berturut-turut dalam Liga Juara-Juara namun memerlukan gol sendiri Sebastian Coates untuk menewaskan Sporting Lisbon 1-0 dalam aksi Kumpulan D Rabu lepas.

Selepas separuh masa pertama yang mengecewak­an, Barcelona menjaringk­an gol nasib apabila Coates tertolak bola ke pintu golnya sendiri ketika diasak penyerang Barca, Luis Suarez pada minit ke-49.

Lionel Messi membuat penampilan ke-593 bersama Barca – membolehka­nnya TURIN, Itali: Gonzalo Higuain mungkin belum berada di tahap kecergasan terbaik tetapi 30 minit tempoh bermain membuktika­n perbezaan di antara kedua-dua pasukan ketika Juventus menewaskan Olympiakos 2-0 dalam aksi Kumpulan D Liga Juara-Juara di sini Rabu lepas.

Ketajaman Higuain di hadapan pintu gol ternyata terlalu sukar buat pertahanan Olympiakos yang jelas keletihan dan beliau menolak bola muntah dari rembatan pertama untuk membuka jaringan, sembilan minit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

“Saya membuat satu pilihan,” berkongsi rekod penampilan terbanyak kelab bersama Carles Puyol tetapi penyerang antarabang­sa Argentina itu gagal mengulangi dua gol ketika menentang Juventus pada perlawanan sebelum ini.

Walaupun aksi agak hambar, jurulatih Barca, Ernesto Valverde berkata beliau tidak bimbang selepas pasukannya mencipta kemenangan kelapan berturut-turut dalam semua pertanding­an.

“Biar orang berkata apa yang mereka mahu. Saya tidak berasa bosan jika kami menang,” kata Valverde kepada wartawan sebelum mempertaha­nkan Suarez kata jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri ketika memberitah­u televisyen Itali. “Higuain kurang cergas berbanding pemain lain tetapi beliau boleh bergerak lebih pantas.

“Beliau tidak mempunyai sebarang masalah. Beliau adalah seorang pemain yang boleh melakukan perbezaan dan memenangi perlawanan untuk kami,” tambah beliau.

Juventus menghabisk­an sejam pertama perlawanan dengan mengawal permainan tetapi gagal memberikan ancaman serius tetapi semuanya berubah apabila Higuain dimasukkan. yang masih belum mencapai rentak cemerlang seperti pada tiga musim sebelumnya di Nou Camp.

“Kami mahu Luis Suarez untuk sentiasa bermain, beliau penyerang kami. Saya pastinya bimbang jika beliau mencari peluang menjaringk­an gol tetapi beliau sentiasa mencuba.”

Barcelona cukup berbisa di hadapan pintu gol musim ini dengan menjaringk­an 20 gol dari enam perlawanan La Liga Sepanyol tetapi mereka dikecewaka­n dengan beberapa peluang dalam separuh masa pertama menentang Sporting. -Reuters

Dengan kebijaksan­aan beliau mencari ruang, hantaran bola ke kotak penalti yang sebelum ini kelihatan tidak berbahaya, menjadi senjata utama Juventus dengan kehadiran Higuain.

Jika tidak dapat mencari ruang, Higuain mengumpan bola kepada rakan penyerangn­ya, Mario Mandzukic untuk gol kedua pada minit ke-80.

Juventus kini sudah menang semua lima perlawanan di tempat sendiri dalam semua pertanding­an musim ini dan juga belum bolos.

Kapten Juventus, Gianluigi Buffon, juga memuji Higuain. -AFP

 ??  ??
 ??  ?? LUKAKU berjaya mengatasi pertahanan CSKA untuk menjaringk­an gol pada aksi Liga Juara-Juarai di Moscow, Rusia Rabu lepas. — Gambar AFP
LUKAKU berjaya mengatasi pertahanan CSKA untuk menjaringk­an gol pada aksi Liga Juara-Juarai di Moscow, Rusia Rabu lepas. — Gambar AFP
 ??  ?? JARINGAN Batshuyi pada minit terakhir permainan memastikan Chelsea kecewakan Atletico di Stadium Wanda Metropolit­ano, Madrid Rabu lepas. — Gambar Reuters
JARINGAN Batshuyi pada minit terakhir permainan memastikan Chelsea kecewakan Atletico di Stadium Wanda Metropolit­ano, Madrid Rabu lepas. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia