Utusan Borneo (Sabah)

HASBULLAH NENGGOK Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Beaufort

Program ziarah dapat sambutan, jalin silaturahi­m

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS seorang anggota bomba sedang memberi taklimat kepada peserta tentang cara mengendali­kan tong gas yang terbakar.

MEMBAKUT: Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Beaufort, Hasbullah Nenggok mengalualu­kan penyertaan manamana pihak yang mahu menubuhkan Pasukan Bomba Komuniti sendiri.

Katanya, tidak kira sama ada institusi seperti tahfiz ataupun komuniti di peringkat kampung adalah amat digalakkan untuk menubuhkan pasukan bomba sukarelawa­n.

Jelas Hasbullah, ia adalah usaha yang amat baik kerana sekiranyab­erlakukece­masan seperti kebakaran, pasukan sukarela tersebut dapat bertindak lebih awal sementara menunggu bantuan sepenuhnya dari balai bomba yang terdekat.

“Niat Rumah Anak Yatim dan Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan di Membakut untuk menubuhkan pasukan sendiri adalah amat dialualuka­n dan pihak lain yang mempunyai hasrat sama juga digalakkan.

“Saya mengalu-alukan penubuhan tersebut dan jabatan kami bersedia bagi membantu dari segi panduan penubuhan. Apabila sudah didaftarka­n, pihak kami akan memberikan tunjuk ajar serta latihan-latihan, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan ceramah dan latihan asas kebombaan di Rumah Anak Yatim dan Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan, Membakut, pada Khamis.

Turut hadir Penasihat Rumah Anak Yatim dan Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan, Datuk Gulam Yacob dan Guru Besar Sekolah Intergeras­i Hj Khalia Khan Herman Harun.

Dalam pada itu, Hasbullah berkata, program yang diadakan itu bertujuan memberi pendedahan kepada peserta untuk menghadapi situasi cemas terutama kebakaran.

“Hari ini mereka diajar bagaimana menghadapi situsai kebakaran serta diberikan tunjuk ajar secara asas tentang cara menyelamat­kan diri serta cara memadam api mengunakan alat pemadam api.

“Peserta iaitu penhunipen­ghuni tahfiz turut berpeluang mendapat ilmu tentang cara-cara mengendali­kan tong gas yang terbakar dengan cara yang selamat dan mudah, “katanya.

Hasbullah berkata, dalam kebanyakan kejadian kes kebakaran yang berlaku di negara ini adalah berpunca daripada kebocoron pada komponen tong gas.

Justeru katanya, pihaknya akan mengadakan program sekurang-kurangnya enam

“Niat Rumah Anak Yatim dan Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan di Membakut untuk menubuhkan pasukan sendiri adalah amat dialu-alukan dan pihak lain yang mempunyai hasrat sama juga digalakkan. Saya mengalu-alukan penubuhan tersebut dan jabatan kami bersedia bagi membantu dari segi panduan penubuhan. Apabila sudah didaftarka­n, pihak kami akan memberikan tunjuk ajar serta latihanlat­ihan. ”

bulan sekali atau setahun sekali di Rumah Anak Yatim dan Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan bagi memastikan­merekasent­iasa bersedia sepanjang masa.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) SALAH
(Gambar atas) SALAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia