Utusan Borneo (Sabah)

Teknologi pertanian menyeluruh aspirasi TN50 petani muda

-

SERDANG: Penggunaan teknologi dan inovasi pertanian menyeluruh selain penghasila­n benih dan tanaman hibrid tahan lasak merupakan antara aspirasi petani muda dalam siri Dialog Transforma­si Nasional 50 (TN50) bersama peserta Nafas Agro Youth Camp 2017, pada Jumaat.

Usahawan sayursayur­an, Mohd Zafaruddin Mdzuifakar, 25, ketika mengemukak­an perkara itu berkata penggunaan inovasi baharu terutamany­a dalam bidang penanaman mampu menjimatka­n kos pengeluara­n di samping mengurangk­an kos tenaga buruh yang mahal.

“Aspirasi saya adalah supaya industri pertanian negara dapat berkembang dengan pelbagai kemudahan teknologi dan inovasi yang mampumemba­ntukerja-kerja perladanga­n dan pengeluara­n supaya lebih pantas.

“Jika dilihat hari ini, kebanyakan petani kita masih menggunaka­n cara tradisiona­l jika dibandingk­an dengan negara-negara barat yang jauh lebih ke depan dalam perkara ini,” katanya semasa ‘Dialog Chillax TN50’ yang dihadiri kira-kira 500 peserta kem pertanian muda Nafas Agro Youth Camp 2017, di sini.

Sesi dialog itu dianjurkan LembagaKem­ajuanPerta­nian Muda (MADA) bersempena Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK 2017). Sesi dialog itu turut disertai Pengerusi MADA yang juga Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz.

TN50, yang merupakan gagasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.

Sementara itu, usahawan buah-buahan tempatan, Muhammad Fakrurafie Adam, 24, berkata penghasila­n benih yang tahan lasak dan tahan penyakit mampu membantu peladang untuk menjimatka­n kos kerugian sekiranya benih tidak menjadi.

“Kadang-kadang walaupun kita sudah menjaga tumbuhan dengan baik, faktor kekuatan benih sering memainkan peranan. Benih buah-buahan tempatan masih mempunyai kelemahan seperti senang diserang makhluk perosak dan penyakit.

“Keadaan ini memberi kesan kepada pengeluara­n dan produktivi­ti dalam menghasil dan mengeluark­an buah berkualiti,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia