Utusan Borneo (Sabah)

Rempuhan di stesen kereta api Mumbai korbankan 15 nyawa

Punca tragedi pada masa sibuk itu masih disiasat, ramai lagi cedera

-

MUMBAI: Orang ramai berasak-asak ketika melalui jambatan di stesen kereta api Mumbai semasa waktu sibuk pagi semalam menyebabka­n rempuhan yang mengorbank­an sekurang-kurangnya 15 nyawa, menurut seorang pegawai pengurusan bencana.

Punca tragedi itu masih belum diketahui namun Tanaji Kamble, jurucakap bagi bahagian pengurusan bencana di Munbai, memberi amaran bahawa angka kematian “adalah kemungkina­n besar akan bertambah”.

Beliau berkata terdapat sekurang-kurangnya lima orang mengalami kecederaan kritikal termasuk 15 orang yang disahkan meninggal dunia.

“Ia adalah kemuncak masa sibuk namun rempuhan itu berjaya dikawal,” Kamble memberitah­u AFP.

Rakaman TV menunjukka­n

MANGSA cedera dalam rempuhan diangkat ke hospital di Mumbai, India semalam. — Gambar Reuters

orang ramai cuba membantu mangsa yang tercedera dengan menekan dada mereka dan turut membawa sebahagian daripada mereka menuruni tangga menuju ke jalan raya.

Kereta api tempatan adalah nadi utama bagi 20 juta penduduk di Mumbai dan kemalangan adalah perkara biasa bagi rangkaian perkhidmat­an sibuk tersebut. — AFP WASHINGTON: Dua sera-ngan udara Amerika Syarikat (AS) mengorbank­an beberapa militan Negara Islam (IS) di Libya pada awal minggu ini, kata tentera AS kelmarin, siri kedua bagi serangan di negara tersebut sejak beberapa hari lepas.

Dalam satu kenyataan, US Africa Command berkata serangan berlaku 100 batu di tenggara Sirte pada Selasa lepas sejajar dengan Perjanjian Kerajaan Negara Libya.

Militan IS di Libya telah membentuk sebuah pasukan tentera gurun meliputi sekurang-kurangnya tiga briged selepas mereka kehilangan kubu kuat mereka di Sirte pada tahun lepas, menurut seorang pendakwa raya kelmarin. — Reuters

 ??  ?? GAMBAR diperolehi daripada video media sosial milik Tushar Sadake menunjukka­n orang ramai memenuhi jambatan stesen kereta api beberapa saat sebelum kejadian rempuhan yang meragut 15 nyawa di Mumbai, India semalam. — Gambar Reuters
GAMBAR diperolehi daripada video media sosial milik Tushar Sadake menunjukka­n orang ramai memenuhi jambatan stesen kereta api beberapa saat sebelum kejadian rempuhan yang meragut 15 nyawa di Mumbai, India semalam. — Gambar Reuters
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia