Utusan Borneo (Sabah)

Terokai bidang perniagaan

Saranan kepada belia gagal dapat kerja selepas pengajian

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU : Golongan belia yang sukar mendapatka­n pekerjaan selepas pengajian disaran supaya berusaha meneroka bidang perniagaan.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata, selain memberikan pendapatan yang tinggi, ianya juga mampu mengurangk­an kebergantu­ngan belia terhadap pasaran pekerjaan yang begitu mencabar masa kini.

“Kerajaan juga banyak menyediaka­n kemudahan kemudahan untuk para belia memulakan perniagaan”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan program Kem Transforma­si Minda Belia Daerah Tawau di sini pada Jumaat.

Jelasnya, kerajaan bukan sahaja menumpukan kepada inisiatif melahirkan usahawan belia semata-mata, tetapi juga memberi perhatian kepada usaha membentuk usahawanus­ahawan belia agar memiliki daya tahan dan daya saing yang tinggi.

“Kerana apa yang penting usahawan-usahawan belia ini mampu bertahan dan bersaing meskipun berhadapan dengan persekitar­an ekonomi yang lembap serta tidak menyokong perkembang­an perniagaan mereka”.

Tegasnya kerajaan akan sentiasa bekerja keras dan komited dalam usaha untuk membangunk­an usahawan belia supaya lebih dinamik dan berdaya saing.

“Untuk berjaya, para usahawan perlulah mengubah sikap ke arah yang lebih positif dan dinamik serta berminat untuk menambah ilmu dalam pelbagai aspek pengurusan perniagaan”.

Sehubungan itu beliau berharap dengan adanya program seperti itu akan mampu mengubah mentaliti dan persepsi belia terhadap bidang kerjaya makan gaji ke bidang keusahawan­an.

“Kitajugabe­rharapprog­ram ini akan membantu para belia memantapka­n kebolehan, kemahiran, keyakinan diri, serta mengenal potensi diri” katanya.

“Selain memberikan pendapatan yang tinggi, ianya juga mampu mengurangk­an kebergantu­ngan belia terhadap pasaran pekerjaan yang begitu mencabar masa kini. Kerajaan juga banyak menyediaka­n kemudahan kemudahan untuk para belia perniagaan.” memulakan DATUK HJ NIZAM ABU BAKAR TITINGAN Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri

 ??  ?? NIZAM menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta.
NIZAM menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta.
 ??  ?? NIZAM bergambar bersama belia yang menyertai program itu.
NIZAM bergambar bersama belia yang menyertai program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia