Utusan Borneo (Sabah)

PPB Oil serah sumbangan bantu Gereja Holy Cross

-

BELURAN: PPB Oil Palms Berhad melalui anak syarikat Wilmar telah menghulurk­an bantuan bahan binaan untuk pembinaan semula Bangunan Gereja Holy Cross, Kampung Kuala Sapi, dekat sini pada Khamis.

Bantuan berupa 30 ikat batu-bata dan 500 karung simen itu disampaika­n oleh Pengurus Besar (Operasi Sabah) PPB Oil Palms, Kiaw Che Weng kepada Rektor ParokiHoly­Crossmeran­gkap Pengerusi Jawatankua­sa Dana Pembinaan Gereja Holy Cross, Rev Juny Lutahir, dengan disaksikan mantan wakil rakyat Labuk yang juga ahli jawatankua­sa Dana, Datuk Tan Yong Gee serta Pengurus Kumpulan Reka Halus Sdn Bhd, Foo Koh Fei.

Kiaw selepas majlis penyampaia­n ringkas itu berkata, sumbangan berkenaan merupakan sebahagian dari tanggungja­wab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

“Kita (pihak syarikat) menerima permintaan dari Holy Cross Kuala Sapi yang mana dalam usaha mengumpul dana untuk membina semula bangunan gereja mereka yang terbakar tahun lalu. “Mengamati komitmen tinggi dan usaha bersungguh­sungguh oleh ahli-ahli jawatankua­sa dana untuk projek ini, termasuk Datuk Tan (Yong Gee), kami (PPB Oil Palms) sedia untuk membantu.

“Kami berbangga dapat menghulurk­an sumbangan ini yang benar-benar diperlukan oleh penduduk setempat, sekaligus memenuhi dan menjayakan projek CSR syarikat ini

“Kami berharap syarikatsy­arikat atau kilang-kilang (kelapa) sawit di sekitar kawasan ini (Beluran) juga dapat tampil menghulurk­an bantuan untuk menjayakan pembinaan semula bangunan gereja ini,” katanya Kiaw.

Dalam pada itu, Juny berkata bangunan gereja itu musnah dalam kebakaran pada pagi 14 Ogos 2016.

“Selepas menerima dugaan ini, kami (penduduk Kampung Kuala Sapi) membentuk satu jawatankua­sa untuk mencari dana untuk pembinaan semula bangunan yang musnah ini.

“Terima kasih kepada yang menghulur bantuan untuk projek pembinaan semula dewan sembahyang berkeluasa­n 120x70 kaki persegi ini dan hari ini, kami sekali lagi bersyukur dan berterima kasih kepada PPB Oil kerana sudi tampil membantu kami,” katanya.

 ??  ?? REVD. Juny Lutahir (empat kanan) menerima sumbangan PPB Oil Palms Berhad yang disampaika­n oleh pengurus besar Kiaw Che Weng dengan disaksikan oleh Datuk Tan Yong Gee (lima kiri) di tapak Gereja Holy Cross, Kampung Kuala Sapi, Beluran pada Khamis.
REVD. Juny Lutahir (empat kanan) menerima sumbangan PPB Oil Palms Berhad yang disampaika­n oleh pengurus besar Kiaw Che Weng dengan disaksikan oleh Datuk Tan Yong Gee (lima kiri) di tapak Gereja Holy Cross, Kampung Kuala Sapi, Beluran pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia