Utusan Borneo (Sabah)

Pendedahan kepada generasi muda

Program “I Am Ohsem” Jelajah Kesedaran Dadah

- Oleh JAINUDIN NASIR ratusan jemputan, guru-guru, para ibu bapa serta pelajar yang hadir.

PROGRAM ‘I Am Ohsem’ Jelajah Kesedaran Dadah di Dewan SMK.Mat Salleh, Ranau baru-baru ini, mampu memberi ilmu pengetahua­n dan kesedaran kepada pelajar mengenai risiko dan bahaya dadah.

Justeru, masyarakat seluruhnya termasuk pelajar harus menjauhi dan mengelak daripada terjerumus ke lembah penagihan dadah

Sudah ternyata dan terbukti bahawa pembabitan dalam gejala dadah bakal mengundang kehancuran kehidupan masa depan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun berkata mana-mana pihak yang terlibat dengan penyalahgu­naan dadah, pasti tidak terlepas dari tindakan undang-undang.

Berucap merasmikan majlis penutupan program itu, Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan memuji penganjur atas inisiatif mengadakan program berkenaan.

Program dianjurkan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dengan kerjasama Kelab Sukan Kebajikan dan Rekreasi Mahkamah-Mahkamah Sabah (KERMAN) dan Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna.

Menurutnya, program ‘turun padang’ itu yang menjadikan masyarakat akar-umbi sebagai sasaran adalah inisiatif terbaik dan harus disokong.

“Pihak Mahkamah bukan sahaja menyelesai­kan kes terlibat jenayah dan penyalahgu­naan dadah, malah turun padang mengendali­kan program kesedaran berhubung kesan buruk jika terjerumus dengan dadah,” katanya.

Sehubungan itu, Masidi sambil mengajak masyarakat agar tidak membabitka­n diri dengan dadah.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumka­n kelulusan peruntukan RM8,000 kepada SMK Mat Salleh untuk menampung keperluann­ya, termasuk pembelian set keperluan sukan dan muzik sekolah itu.

Berucap sama ialah Hakim Mahkamah Tinggi

“Program ‘turun padang’ itu yang menjadikan masyarakat akar-umbi sebagai sasaran adalah inisiatif terbaik dan harus disokong. Pihak Mahkamah bukan sahaja menyelesai­kan kes terlibat jenayah dan penyalahgu­naan dadah, malah turun padang mengendali­kan program kesedaran berhubung kesan buruk jika ” terjerumus dengan dadah. DATUK SERI PANGLIMA HAJI MASIDI MANJUN Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah

Kota Kinabalu merangkap Penasihat Jasatankua­sa Penganjur Program Jelajah Kesedaran Dadah “I Am Ohsem”, Datuk Nurchaya Binti Haji Arshad.

Hadir sama dihadiri Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Baxter Agas Michael, Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Egusra Ali, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah merangkap Setiausaha Kehormat PEMADAM Sabah, Janet K.L. Chen, Pegaawai Daerah Ranau, Haji Faimin Kamin, Ketua Polis Daerah Ranau, DSP. Mohd. Farhan Lee Abdullah, Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Freddy Au, Ketua Wanita UMNO Ranau, Datuk Amish Yassin, PPM Karanaan, Haji Jahidin Lumat, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Siti Hamni Hashim, dan Pengetua Cemerlang SMK. Mat Salleh Ranau, Majus Munsing.

 ??  ?? ANTARA
ANTARA
 ??  ?? SEBAHAGIAN jawatankua­sa pelaksana dan guru-guru bergambar bersama Masidi.
SEBAHAGIAN jawatankua­sa pelaksana dan guru-guru bergambar bersama Masidi.
 ??  ?? PEGAWAI AADK Ranau bersama sebahagian pelajar yang menyertai program itu.
PEGAWAI AADK Ranau bersama sebahagian pelajar yang menyertai program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia