Utusan Borneo (Sabah)

Pesta Tanglung alat pupuk silaturahi­m: Rosnah

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

PAPAR: Pesta Tanglung yang disambut oleh masyarakat Cina di negara ini pada setiap tahun diyakini mampu menjadi alat memupuk silaturahi­m sesama keluarga serta masyarakat keseluruha­nnya.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, sambutan pesta itu bukan sahaja melibatkan satu kaum tetapi seluruh lapisan masyarakat serta semua peringkat umur.

Jelas beliau, walaupun pengisian pesta itu amat menghiburk­an namun pada masa sama ia turut mempunyai nilai-nilai kebudayaan dan kesenian unik yang harus dikekalkan bersama.

“Tanglung adalah satu simbol ataupun tanda bagi menzahirka­n kegembiraa­n atas kejayaan hasil tuaian... ia disambut dengan penuh meriah dan gembira.

“Melalui pesta ini, ia secara tidak langsung dapat merapatkan lagi serta mengukuhka­nhubungank­ekeluargaa­n, kejiranan serta masyarakat berbilang kaum secara umum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Pesta Tanglung Peringkat Daerah Papar di Pekan Papar, malam Jumaat.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Manis Datuk Seri Panglima Rahim Ismail dan Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Papar Datuk Liew Siew Kian.

Dalam pada itu, Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, kehadiran masyarakat berbilang kaum yang dapat dilihat sepanjang Pesta Tanglung berlangsun­g menunjukka­n semangat perpaduan rakyat di Papar sangat utuh.

Katanya, semangat serta sokongan seumpama itu haruslah dikekalkan bagi memastikan keharmonia­n yang dinikmati ketika ini berterusan dari generasi kini hingga akan datang.

“Inilah kekuatan dan keunikan masyarakat kita di Papar yang tidak pernah menjadikan perbezaan itu sebagai halangan untuk kita hidup bersama-sama dan membina sebuah negara yang kita cintai iaitu Malaysia,” katanya.

 ??  ?? ROSNAH bersama tetamu kehormat yang lain sedang memotong kek sebagai gimik perasmian pesta itu.
ROSNAH bersama tetamu kehormat yang lain sedang memotong kek sebagai gimik perasmian pesta itu.
 ??  ?? LIEW (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Rosnah (tiga kanan).
LIEW (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Rosnah (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia