Utusan Borneo (Sabah)

Bina 72 unit rumah

Bengkel Perlindung­an Wallace perlu RM2.9 juta

-

TUARAN: Bengkel Perlindung­an Wallace (Pusat Orang Buta) di sini memerlukan peruntukan RM2.9jutauntuk­membina72 unit rumah bagi menampung lebih banyak pelatih di pusat itu.

Presiden Pertubuhan Orang-orang Buta Sabah Datuk Rosalind Chew berkata, sehingga kini pusat berkenaan hanya dapat menampung 127 pelatih bersama keluarga.

“Kami mengadakan lawatan keluardaer­ahsepertiN­abawan, Semporna, Pulau Banggi dan lain-lain lokasi untuk mengenal pasti, mendaftar dan membawa golongan ini ke pusat perlindung­an.

“Bagaimanap­un, disebabkan kekangan tempat tinggal dan fasiliti asas, kami tidak dapat membawa mereka ke sini.

“Kita berharap lebih banyak syarikat swasta dan agensi berkaitan akan dapat membantu kami membina 72 unit kediaman itu,” katanya selepas Majlis Penutupan Program iM4U – Penanaman Ubi Keladi anjuran Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmat­an Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Sabah di sini, pagi Sabtu.

Rosalind turut menggalakk­an orang ramai mengikuti jejak iM4U melalui Puspanita untuk datang dan memberi bantuan kepada pusat berkenaan.

“Kami amat berbesar hati kerana ini merupakan kerjasama kali ketiga bersama Puspanita bermula dengan menanam pokok kelapa laut pada tahun 2015, pisang dan sayur organik pada 2016 dan ubi keladi Cina pada tahun ini.

“Tanaman ini nanti akan dipasarkan kepada masyarakat setempat untuk menjana pendapatan pusat ini selain menerima dana RM200,000 daripada kerajaan melalui Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna.

DATUK ROSALIND CHEW

Presiden Pertubuhan Orang-orang Buta Sabah

“Peruntukan dana itu adalah untuk tujuan latihan serta penganjura­n program kesedaran kepada mereka yang masih belum mendaftar dan kepada mereka yang masih belum mempunyai sebarang kemahiran lagi,” jelasnya.

Menurut Rosalind, antara kemahiran yang memberi pendapatan tinggi adalah urutan berbanding menganyam bakul dan manik.

“Kami sedang merancang untuk membuka pusat aktiviti di Bengkel Perlindung­an Wallace ini sebagai pusat mengurut komersil selewatlew­atnya awal tahun hadapan.

“Oleh demikian, kita menggalakk­an syarikat swasta atau orang awam datang secara berkumpula­n bagi mendapat perkhidmat­an mengurut di sini,” katanya.

“Kita berharap lebih banyak syarikat swasta dan agensi berkaitan akan dapat membantu itu” kami membina 72 unit kediaman

 ??  ?? ROSALIND (empat dari kiri), Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Penasihat Puspanita Cawangan Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman (lima dari kiri) dan Pengerusi Puspanita Cawangan Sabah Puan Sri Hairani Hussaini (enam dari kiri) bergambar kenangan bersama...
ROSALIND (empat dari kiri), Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Penasihat Puspanita Cawangan Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman (lima dari kiri) dan Pengerusi Puspanita Cawangan Sabah Puan Sri Hairani Hussaini (enam dari kiri) bergambar kenangan bersama...
 ??  ?? ROSALIND (kiri) berkata sesuatu kepada Sukarti (depan) ketika aktiviti menanam bibit ubi keladi.
ROSALIND (kiri) berkata sesuatu kepada Sukarti (depan) ketika aktiviti menanam bibit ubi keladi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia