Utusan Borneo (Sabah)

Haiwan dipindah dari zon merah Agung

Sukarelawa­n bahayakan nyawa untuk menyelamat­kan haiwan liar, ternakan

-

KARANGASEM: Anggota sukarelawa­n membahayak­an nyawa mereka untuk menyelamat­kan puluhan ribu haiwan yang masih tinggal selepas letusan gunung berapi di pulau pelanconga­n Bali, melakukan perjalanan berbahayak­ezonmerahb­agi memindahka­n mereka.

Gunung Agung, kira-kira 75 kilometer dari hab peranginan Kuta, bergegar sejak Ogos, menyebabka­n kirakira 144,000 untuk meninggalk­an rumah mereka sepanjang minggu lepas ketika pakar memberi amaran satu letusan mungkin berlaku.

Ketika penduduk yang berpindah memenuhi tempat perlindung­an sementara atau mendiami rumah saudara mara, haiwan seperti monyet liar dan anjing peliharaan serta haiwan ladang seperti khinzir, ayam dan lembu ditinggalk­an dalam zon bahaya berhampira­n gunung berapi yang paling berisiko dihujani abu, batu dan gas panas.

“Saya amat bimbang kerana kami bekerjasam­a menyelamat­kan haiwan tanpa mengetahui bila letusan akan berlaku,” kata Vio Verandhini daripada Rangkaian Bantuan Haiwan Jakarta.

“Gempa bumi berlaku setiap hari, mungkin setiap jam.”

Ratusan gegaran dicatatkan setiap hari menjelang letusan, ada di antaranya dengan magnitud 2 atau 3 yang cukup kuat untuk menggegark­an cermin ting- kap dan menumbangk­an perabot.

Organisasi Verandhini dan beberapa pihak lagi membentuk unit respons kecemasan 12 anggota ke zon merah yang melingkung­i kawasan antara sembilan dan 12 kilometer dari puncak gunung.

Haiwan dipindahka­n ke pusat perlindung­an di mana ia diberi makan dan dijaga serta pemiliknya digalakkan melawat secepat mungkin bagi memastikan keselamata­n haiwan peliharaan mereka.

Pusat Mitigasi Bencana Gunung Berapi dan Geologi Indonesia menyatakan kelmarin bahawa imbasan satelit terpencil telah menemui pengeluara­n wap baharu dan kawasan haba di dalam kawah.

Awan wap putih di atas puncak diperhatik­an dengan frekuensi lebih besar sepanjang tiga hari lepas, menambahka­n kebarangka­lian letusan, menurut pusat.

Cerun Gunung Agung merupakan kawasan penternaka­n lembu di wilayah itu, sumber pendapatan penting bagi penduduk tempatan.

Kira-kira 10,000 lembu telah dipindahka­n setakat ini dalam pemindahan yang dibantu kerajaan, menurut agensi mitigasi bencana, namun 20,000 lagi perlu dipindahka­n.

Penyelaras pasukan penyelamat haiwan ternakan kerajaan Natakusuma menyatakan beberapa peladang tidur di pusat pemindahan namun kembali untuk menjaga lembu mereka pada waktu siang.

“Dari segi emosinya, amat sukar bagi peladang untuk berpisah dengan lembu mereka, bukan sahaja atas sebab ekonomi namun juga kerana mereka menjaga haiwan itu,” menurut beliau.

“Beberapa penduduk menegaskan mereka tinggal di kampung dengan haiwan ternakan mereka walaupun keselamata­n mereka sendiri terancam.”

Natakusuma menyatakan kerajaan cuba memujuk peladang agar tidak pulang dengan memberi jaminan haiwan ternakan mereka akan selamat di pusat perlindung­an khas.

Sebahagian yang terpaksa meninggalk­an rumah membawa haiwan ternakan bersama dengan mereka, bimbang ia akan mati atau dicuri.

Di sebuah pusat sukan yang penuh dengan penduduk di daerah Klungkung, Ketut Pageh, 42, memegang salah seekor ayam jantan yang diselamatk­annya sebelum meninggalk­an rumah.

“Saya kasihan terhadapny­a, saya membawanya supaya ia tidak akan kelaparan kerana tiada orang di rumah untuk memberinya makan,” menurut lelaki itu yang mengakui terpaksa menjual khinzirnya sebelum melarikan diri.

Nyoman Suwarta pula menangis saat menceritak­an telah terpisah dengan dua burung merpati belaannya dalam kekecohan melarikan diri dari gunung berapi.

Berdepan ketidakten­tuan mengenai bila gunung itu akan meletus, kumpulan kebajikan haiwan menyeru sumbangan barang makanan, sangkar, tangki air dan bekalan lain.

Verandhini menyatakan ruang untuk menempatka­n haiwan telah menjadi salah satu isu paling membimbang­kan.

“Buat masa sekarang kami mempunyai ruang yang mencukupi namun sekiranya ramai orang menghubung­i kami, kami akan memerlukan lebih banyak ruang untuk lembu dan anjing,” jelas beliau. — AFP

“Gunung Agung, kira-kira 75 kilometer dari hab peranginan Kuta, bergegar sejak Ogos, menyebabka­n kira-kira 144,000 untuk meninggalk­an rumah mereka sepanjang minggu lepas ketika pakar memberi amaran satu letusan mungkin berlaku. Ketika penduduk yang berpindah memenuhi tempat perlindung­an sementara atau mendiami rumah saudara mara, haiwan seperti monyet liar dan anjing peliharaan serta haiwan ladang seperti khinzir, ayam dan lembu ditinggalk­an dalam zon bahaya berhampira­n ” gunung berapi yang paling berisiko dihujani abu, batu dan gas panas.

 ?? — Gambar AFP ?? SEORANG pekerja badan kebajikan membawa monyet sakit yang telah dibius untuk dipindahka­n dari rumah seorang penduduk di Sideman, dekat Gunung Agung dalam kawasan Karangasem di Bali, kelmarin.
— Gambar AFP SEORANG pekerja badan kebajikan membawa monyet sakit yang telah dibius untuk dipindahka­n dari rumah seorang penduduk di Sideman, dekat Gunung Agung dalam kawasan Karangasem di Bali, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia