Utusan Borneo (Sabah)

Diari Delhi: Pembunuhan wartawan di India mencemaska­n

-

MEDIA di India seperti kehilangan arah kerana wujud kekangan menyiarkan isu penting akibat ancaman keganasan serta gangguan ke atas golongan wartawan.

Keluhan serta rungutan ini disuarakan oleh sekumpulan wartawan kanan di India.

Dunia kewartawan­an India Rabu lepas (20 Sept) digemparka­n dengan pembunuhan Shantanu Bhowmick, seorang wartawan saluran berita sewaktu membuat liputan kekacauan politik di negeri timur laut Tripura Rabu.

Sebelum itu seorang wartawan bernama Gauri Lankesh dibumuh di kediamanny­a di Banglore, negeri selatan Karnataka pada 5 Sept.

Ketika mereka berhimpun untuk mengutuk pembunuhan Lankesh, wartawan di Press Club of India di New Delhi, mereka sebenarnya menaruh harapan tidak perlu mengadakan perhimpuna­n seumpama itu lagi.

Bagaimanap­un, beberapa minggu kemudian mereka terpaksa berkumpul sekali lagi di tempat yang sama untuk mengutuk pembunuhan Bhowmick.

Wartawan di India kini mendesak mereka diberi perlindung­an yang lebih baik serta persekitar­an bekerja yang lebih selamat untuk membolehka­n mereka melakukan tugas tenpa sebarang kebimbanga­n.

T.K. Rajalakshm­i, timbalan pengarang majalah Frontline dan bekas presiden Indian Women’s Press Corps, berkata sejak awal 1990-an golongan profesiona­l media tidak lagi berasa bebas menjalanka­n tugas mereka kerana keadaan yang tidak selamat.

Sejak tiga tahun lepas, politik “budaya nasionalis­me” mencetuska­n lebih banyak ancaman keganasan fizikal.

“Keadaan bekerja semakin tidak menentu sejak lama dulu. Hari ini orang digelar ‘anti-nasional’ hanya kerana tidak bersetuju dengan cubaan sesetengah pihak yang melantik sendiri diri mereka sebagai penjaga masyarakat dan mengenakan peraturan mencakupi soal budaya, sosial dan politik untuk masyarakat majmuk India.

“Mereka mahu memutuskan apa yang kita perlu makan, pakai dan fikir. Wartawan turut menjadi sasaran bagi kempen ini, “Rajalakshm­i memberitah­u Bernama.

Arfa Khanum Sherwani, wartanan kanan dan bekas penyampai berita saluran televisyen milik kerajaan, Rajya Sabha, berkata ada satu kumpulan kecil yang fikir mereka boleh memaksa orang lain menerima pandangan mereka.

“Mereka tidak takut dikenakan tindakan. Mereka fikir mereka ini kebal meskipun jika melakukan pembunuhan,” katanya.

Polarisasi dalam media sosial semakin membimbang­kan, sebagai contoh ramai yang melahirkan keseronoka­n di atas pembunuhan Lankesh. Tulisan beliau pernah mencetuska­n kemarahan dalam kalangan kumpulan Hindu berhaluan kanan.

Wartawan televisyen, Rajdeep Sardesai mengulas dalam Twitter bahawa “tidak ada satu pun kes pembunuhan wartawan yang pembunuhny­a disabit kesalahan sejak 25 tahun lepas.”

Menurut Jawatankua­sa untuk Melindungi Wartawan yang berpangkal­an di Amerika Syarikat, sekurang-kurangnya 41 orang wartawan di India terbunuh akibat kaitan dengan pekerjaan mereka sejak 1992.

Ramai penyokong kumpulan berhaluan kanan yang membuat komen dalam talian yang mempersend­akan pembunuhan wartawan wanita dari Bangalore itu. Mereka menggunaka­n bahasa kasar yang menyebabka­n seorang menteri kerajaan berang.

“Melahirkan kegembiraa­n terhadap pembunuhan seseorang amat dikesalkan, memalukan dan bertentang­an dengan tradisi masyarakat India. Media sosial bukan untuk tujuan itu, “menteri teknologi maklumat India, Ravi Shankar Prasad mengulas dalam Twitternya.

Bagaimanap­un, Prasad sendiri menjadi mangsa kecaman kerana mengutuk komen dalam talian itu.

Dua pembunuhan dalam tempoh beberapa minggu jelas menunjukka­n keadaan yang tidak menentu itu dan kebanyakan wartawan bekerja di bandar kecil serta kawasan yang terpinggir.

“Masa sekarang tidak selamat untuk wartawan di India. Di luar bandar besar dan di zon yang ada konflik, wartawan tidak mempunyai banyak perlindung­an dan terdedah kepada pelbagai ancaman, “kata Rajalakshm­i.

Wartawan yang lantang bersuara mengecam agenda kumpulan berhaluan kanan sering dibuli dan digelar “presstitut­es” oleh penyangak media sosial.

Pada pandangan Sherwani, kebanyakan syarikat media “semakin menjadi pak turut kepada kepentinga­n ideologi, politik dan komersial kumpulan yang berkuasa yang cuba menutup mulut pihak yang berkecuali, “beliau memberitah­u Bernama.

“Ada beberapa orang wartawan yang tidak mahu tunduk kepada keadaan itu meskipun terdapat ancaman. Apabila rasuah tidak berjaya membeli mereka, pihak itu akan menggunaka­n taktik lain termasuk tekanan kewangan.”

Tiada lagi perang ideologi selepas pembunuhan Lankesh dan Bhowmick tetapi perasaan terkejut serta marah semakin meluas.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia