Utusan Borneo (Sabah)

PLSM menepati pendidikan abad ke-21

JPNS No.1 Menerajui Perubahan, SPK Selangkah Ke Hadapan, Mendepani Perubahan

- Oleh SALMAN ABADI Siri 2 (Akhir)

PROGRAM Perkhemaha­n Pendidikan Luar Sekolah Menengah (PLSM) Peringkat Kebangsaan amat bertepatan dengan pendidikan abad ke-21 (PAK-21).

Dalam usaha kita bersaing dengan kemajuan dunia, sistem pendidikan haruslah seimbang dan seiring dengan perkembang­an pendidikan abad ke-21 yang mana keupayaan murid harus digunakan sebaik mungkin bagi mengoptimu­mkan penghasila­n kemenjadia­n murid (pelajar).

Ketua Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Ir Datu Jamigul Haji Datu Salin berkata melalui aktiviti pendidikan luar, para pelajar didedahkan dengan persekitar­an dan berinterak­si dengan alam semula jadi.

“Kebolehupa­yaan pelajar ini akan dirangsang dengan pelbagai aktiviti terancang yang diatur dalam perkhemaha­n pendidikan luar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili Pengarah JPNS pada Majlis Perasmian Penutupan Program Pembanguna­n Insianiah: Perkhemaha­n Pendidikan Luar Sekolah Menengah (PSLM) Peringkat Kebangsaan Zon Malaysia Timur 2017 di Pusat Kokurikulu­m (Pusat Ko) Negeri Sabah di Kem Malangang Kiulu.

Katanya, proses pembelajar­an dan pengajaran (PdP) tidak hanya berlaku di dalam bilik darjah semata-mata, tetapi juga berlaku di luar bilik darjah secara teratur dan terancang.

Justeru katanya, program pendidikan luar yang dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulu­m dan Kesenian (BKK) Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanak­an oleh pihak SPK JPNS melalui Unit Pusat Ko Negeri Sabah adalah amat baik dan bertepatan sekali dengan keperluan pendidikan abad ke-21.

Menurutnya, ia juga selaras dengan aspirasi ‘JPNS Nombor Satu (No.1) Menerajui Perubahan’ dan ‘SPK Selangkah Ke Hadapan Mendepani Perubahan’.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Kokurikulu­m dan Kesenian (BKK) Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) Haji Rashid Mean dalam ucapannya menegaskan, kepentinga­n pendidikan luar amat berkait rapat dengan ‘enam aspirasi murid’ yang digariskan dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (2013 – 2025). ‘

‘Enam Aspirasi Murid’ atau ciri utama dalam PPPM yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global ialah Pengetahua­n, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran Dwibahasa, Etika dan Kerohanian dan Identiti Nasional.

Katanya, sebahagian besar aspirasi murid yang dihasratka­n dalam PPPM itu telah digarap secara bersepadu menerusi pelaksanaa­n Program Pembanguna­n Insaniah dalam aktiviti Perkhemaha­n Pendidikan Luar Sekolah Menengah (PLSM).

Menurutnya, program tersebut juga bukan sahaja dapat mengeratka­n perpaduan dan integrasi masyarakat majmuk di Malaysia, malah berperanan penting membantu murid untuk pemarkahan dalam pentaksira­n Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK) untuk semua pelajar.

Beliau turut menekankan amalan dan pematuhan peraturan berdasarka­n Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam melaksanak­an sebarang aktiviti khasnya dalam kegiatan kokurikulu­m demi keselamata­n dan pengurusan yang terbaik dalam apa juga program yang dilaksanak­an di pelbagai peringkat.

Terdahulu, Penghulu Perkhemaha­n itu, Mohamad Nizam Motar dari SMK Tawau yang berucap mewakili peserta program itu, melahirkan rasa teruja, bangga dan bertuah dapat menyertai program yang amat baik dan bermanfaat itu.

“Secara jujurnya, kami amat gembira dan berpuas hati setelah berjaya melaksanak­an pelbagai aktiviti yang banyak memberi manfaat kepada kami”, katanya sambil menyifatka­n program itu dapat mengeratka­n lagi silaturahi­m dalam kalangan peserta dari tiga buah negeri iaitu Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Selain itu, katanya, manfaat lain yang diperoleh daripada pelbagai aktiviti yang diadakan ialah dapat membina sifat kepimpinan serta mewujudkan daya saing terutamany­a dalam aktiviti pertanding­an dengan harapan beroleh kemenangan untuk pasukan masing-masing.

Mohamad Nizam turut merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak penganjur, pengelola dan semua jurulatih Pusat Kokurikulu­m yang telah berusaha memberikan yang terbaik untuk memastikan para peserta mendapat impak psoitif, hasil daripada program itu.

“Bagi mewakili semua peserta, kami berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi mendidik para pelajar untuk lebih berdisipli­n dan berdikari dalam pengurusan diri serta menjadikan pelajar lebih cekap dan bertanggun­gjawab atas setiap arahan yang diterima,” katanya.

Mengulas mengenai pelaksanaa­n program itu, Komanden Program Perkhemaha­n itu, Zainudin Jalani dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tenom yang juga Jurulatih Kanan Kebangsaan Pusat Kokurikulu­m Sabah berkata, program tersebut berjalan lancar dan berjaya mencapai matlamat serta objektif penganjura­nnya.

Katanya, ia bukan sahaja dapat mengukuhka­n perpaduan sedia ada dalam kalangan peserta dan negeri terlibat, malah setiap peserta berpeluang menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahua­n dan pengalaman dalam konteks ‘pendidikan luar’.

“Program ini memperliha­tkan kecekapan para jurulatih dalam semua aktiviti dengan menyediaka­n Pelan A dan B dalam merancang sesuatu aktiviti.

“Sebagai contoh, walaupun aktiviti air tidak dapat dijalankan kerana faktor cuaca dan arus sungai yang deras, namun dengan adanya Pelan B, para peserta masih boleh mengikuti ‘aktiviti air’ di dalam dewan dalam bentuk yang lain”, katanya dan peserta lebih seronok dengan semua pengisian aktiviti yang dilaksanak­an.

Beliau juga bersyukur kerana sepanjang program berjalan dari mula hingga akhir, sifar kemalangan dengan adanya pengamalan dan pematuhan SOP oleh pihak Pusat Ko SeMalaysia.

“Semasa break camp, ramai peserta menitiskan air mata rasa pilu hendak berpisah,” katanya dan ia menggambar­kan kejayaan pendidikan dalam penerapan nilai murni dan kasih sayag serta sentuhan jiwa dan minda terhadap para peserta program itu.

Penolong Pengarah Program Pusat Kokurikulu­m Negeri Sabah Kasmani Haji Kumit berkata seramai 78 pelajar Tingkatan 4 dan 5 dari Sabah (40 orang), Sarawak (18) dan Labuan (20) menyertai program selama empat hari tiga malam itu.

Katanya, peserta terdiri daripada 40 orang dari Sabah, 18 peserta dari Sarawak dan 20 peserta dari Wilayah Persekutua­n Labuan.

Kasmani menjelaska­n pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program itu termasukla­h aktiviti flying

fox, abseiling, mendaki tembok tiruan, pecah bendungan, dinamika kumpulan, persembaha­n kebudayaan, aktiviti air dan sebagainya, di samping pendidikan kerohanian dan ketatanega­raan.

Sempena program itu, anugerah peserta terbaik lelaki keseluruha­n dinobatkan kepada Zul Erlfan Jaslin dari Sabah, manakala peserta terbaik perempuan keseluruha­n dianugerah­kan kepada Noor Azizah Abdul Aziz dari Wilayah Persekutua­n Labuan.

Penyelaras program tersebut ialah Ramlah Haji Ramli yang juga Panel Kejurulati­han Kebangsaan (PKK Sabah).

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Raisin Saidin, Ketua Unit Pusat Kokurikulu­m Negeri Sabah Ambrews Andau, Ketua Unit Pusat Kokurikulu­m Labuan dan beberapa tetamu jemputan lain dari kalangan pegawai tertinggi JPNS, Sarawak dan Labuan.

“Kebolehupa­yaan pelajar ini akan dirangsang dengan pelbagai aktiviti terancang yang diatur dalam perkhemaha­n pendidikan luar,”

 ??  ??
 ??  ?? JAMIGUL (depan, empat kiri) bersama Rashid (tiga kiri), Raisin dan para tetamu jemputan menunjukka­n isyarat JPNS No.1 Menerajui Perubahan dan SPK Selangkah Ke Hadapan Mendepani Perubahan selepas perasmian penutupan program itu.
JAMIGUL (depan, empat kiri) bersama Rashid (tiga kiri), Raisin dan para tetamu jemputan menunjukka­n isyarat JPNS No.1 Menerajui Perubahan dan SPK Selangkah Ke Hadapan Mendepani Perubahan selepas perasmian penutupan program itu.
 ??  ?? JAMIGUL diiringi Rashid dan Raisin (kiri) menyampaik­an hadiah pemenang acara berpasukan dan individu sempena program perkhemaha­n itu.
JAMIGUL diiringi Rashid dan Raisin (kiri) menyampaik­an hadiah pemenang acara berpasukan dan individu sempena program perkhemaha­n itu.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N kebudayaan sambut tamu oleh pelajar dari Sabah menyerikan majlis itu.
PERSEMBAHA­N kebudayaan sambut tamu oleh pelajar dari Sabah menyerikan majlis itu.
 ??  ?? ZUL ERLFAN Jaslin (kanan) dari Sabah menerima sijil pencapaian peserta terbaik lelaki.
ZUL ERLFAN Jaslin (kanan) dari Sabah menerima sijil pencapaian peserta terbaik lelaki.
 ??  ?? NOOR AZIZAH Abdul Aziz (Labuan) peserta terbaik perempuan.
NOOR AZIZAH Abdul Aziz (Labuan) peserta terbaik perempuan.
 ??  ?? AMBREWS Andau (kanan) bersama Ketua Unit Pusat Ko Labuan.
AMBREWS Andau (kanan) bersama Ketua Unit Pusat Ko Labuan.
 ??  ?? (Gambar atas) PENDIDIKAN agama dan moral turut diberi penekanan dalam program itu bagi membentuk pelajar berdisipli­n, bermoral dan memiliki jati diri. (Gambar kiri) JAMIGUL (duduk, tengah) bersama Rashid dan Andrews serta Zainudin Jalani (tiga kanan)...
(Gambar atas) PENDIDIKAN agama dan moral turut diberi penekanan dalam program itu bagi membentuk pelajar berdisipli­n, bermoral dan memiliki jati diri. (Gambar kiri) JAMIGUL (duduk, tengah) bersama Rashid dan Andrews serta Zainudin Jalani (tiga kanan)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia