Utusan Borneo (Sabah)

Seramai 16,467 pencarum hilang upaya dibantu bekerja semula

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Sejumlah 16,467 pencarum Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) di seluruh negara mampu bekerja semula setelah menyertai Program ‘Return to Work’.

Program yang bertujuan membantu memulihkan pencarum Perkeso yang mengalami kecederaan dan penyakit untuk kembali bekerja itu antara usaha yang dilakukan Kementeria­n Sumber Manusia melalui Perkeso bagi memperkasa­kan perburuhan negara, kata Timbalan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTK) Muhamad Fauzi Abd Ghani.

Beliau berkata melalui program itu, pekerja yang mengalami kecederaan dan penyakit mampu kembali bekerja dengan majikan yang sama mahupun pekerjaan baharu yang bersesuaia­n dengan keupayaan mereka.

Katanya usaha membantu golongan pekerja yang hilang upaya memasarkan diri di pasaran yang kompetitif perlu dilakukan bagi memastikan mereka tidak diketepika­n daripada pasaran pekerjaan.

“Dalam apsek lain, kementeria­n juga menubuhkan ‘1Malaysia Outplaceme­nt Centre (1MOC)’ yang bertindak sebagai pusat sehenti bagi membantu pekerja warga Malaysia yang diberhenti­kan kerja untuk menyertai suai-padan pekerjaan dan latihan berkaitan untuk kerjaya seterusnya.

“Daripada 1,604 orang yang berdaftar dalam Portal 1MOC pada 2016, 810 orang berjaya memperoleh pekerjaan baharu, 769 sedang mengikuti latihan dan 435 orang yang berkemahir­an sedang dibantu oleh kaunselor untuk mendapatka­n pekerjaan,” katanya pada Konvensyen Perburuhan Sabah 2017 di Kompleks Tabung Haji, di sini pada Selasa.

Konvensyen berkenaan dihadiri 300 orang daripada pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementeria­n Sumber Manusia serta majikan, ahli Kesatuan Sekerja dan institusi pengajian tinggi.

Konvensyen itu bertujuan menyalurka­n maklumat, pengetahua­n dan kefahaman kepada peserta berkaitan dasar-dasar perburuhan negara serta undang-undang berkaitan.

 ??  ?? ANTARA penceramah jemputan dan peserta yang mengambil bahagian dalam konvensyen itu.
ANTARA penceramah jemputan dan peserta yang mengambil bahagian dalam konvensyen itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia