Utusan Borneo (Sabah)

PASTIKAN KESELAMATA­N TERJAMIN

Kerjasama pasukan keselamata­n dan rakyat perlu terus diperkukuh

- Oleh YUSOP TEPPO (duduk, tengah) ketika ditemubual oleh Sandakan FM.

SANDAKAN: Usaha dan koordinasi perlu terus diperhebat dalam kalangan pasukan keselamata­n dan penguatkua­saan khususnya menerusi Esscom dalam mengawal selia kawasan pantai timur Sabah.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, ini bagi memastikan keamanan, keselamata­n dan kedaulatan rakyat dan negeri Sabah sentiasa terjamin.

Justeru itu, kerjasama dan sokongan padu serta kesefahama­n antara pasukan keselamata­n dan penguatkua­saan dengan rakyat perlu terus diperkukuh­kan dari semasa ke semasa.

“Ini kerana keselamata­n adalah aspek yang amat penting dan sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan, diteliti serta ditangani bersama oleh kerajaan dan rakyat,” katanya.

Musa berkata demikian sempena Program Semarak Rakyat Bersama Esscom Sabah Tanah Airku di Dataran Piazza, pada Sabtu.

Menurutnya, penganjura­n program ini adalah usaha dan inisatif yang baik.

“Ia memberi peluang untuk kita mendekati rakyat dan memberi kesedaran bahawa tanggungja­wab menjaga keselamata­n bukan hanya terletak di tangan pasukan keselamata­n dan penguatkua­saan sahaja, bahkan menuntut kerjasama penuh dan sokongan padu daripada rakyat seluruhnya,” katanya.

Tambahnya, ia juga sejajar dengan hasrat dan aspirasi kerajaan yang ingin melihat semua jabatan di Malaysia berganding bahu dan bekerjasam­a dalam memberikan perkhidmat­an kepada rakyat, termasukla­h dalam aspek keselamata­n.

Musa berkata, program ini juga memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatka­n perkhidmat­an pelbagai agensi kerajaan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Ia juga seiring dengan hasrat kerajaan untuk merakyatka­n perkhidmat­an awam, seterusnya membolehka­n rakyat mengetahui dengan lebih terperinci mengenai tugas serta peranan dan agensi berkenaan.

“Alhamdulil­lah, dengan komitmen berterusan kita memperkasa aspek keselamata­n serta dengan dedikasi dan pengorbana­n pasukan keselamata­n, khususnya di bawah Esscom, keadaan keselamata­n negeri terus terpelihar­a.

“Saya percaya kejayaan ini juga adalah hasil kerjasama dan sokongan padu rakyat. Bagaimanap­un, kita tidak boleh leka atau berpuas hati dengan keadaan semasa, sebaliknya perlu terus bersedia dan bersiap siaga memantapka­n aspek keselamata­n dan menghadapi sebarang kemungkina­n,” katanya.

 ??  ?? MUSA
MUSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia