Utusan Borneo (Sabah)

Tempoh reman tiga ahli politik dilanjut tiga hari

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Tempoh tahanan reman terhadap tiga ahli politik dilanjutka­n selama tiga hari sehingga Selasa depan.

Majistret Mohd Aizat Abdul Rahim membuat keputusan itu terhadap Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan), 43, Ketua Pemuda Umno Tenom, 43 dan Ketua Pemuda Umno Tawau, 44.

Kesemua individu terbabit ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan penyelewen­gan dana awam untuk projek pembanguna­n luar bandar Sabah sebelum direman lima hari pada 10 Oktober sehingga Sabtu.

Permohonan bagi menyambung tahanan reman berkenaan dibuat Pegawai Penyiasat SPRM Mohd Faliq Basiruddin di kamar Majistret bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 12.50 tengah hari pada Sabtu.

Ketiga-tiga individu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Ketua Wira Warisan diwakili peguam Martin Tommy, Loretto J Padua, Cedric Choo, Norazmi Alimat, Jaikol Situn dan Darell Leiking.

Ketua Pemuda Tenom diwakili Azhier Farhan Arifin, Shahlan Jusri, Arthur Bonnie, Mohd Razali Razi dan Jafar Esteben manakala Peguam Hamid Ismail mewakili Ketua Pemuda Tawau.

Sementara itu, pengarah sebuah syarikat pembinaan yang ditahan pada 5 Oktober lalu dan direman sehingga Sabtu dibebaskan di Mahkamah Kota Kinabalu kira-kira jam 10.05 pagi.

Mohd Aizat membenarka­n beliau dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM200,000 dengan deposit RM100,000 dan dua penjamin tempatan.

Setakat ini SPRM sudah menahan tujuh individu bagi membantu siasatan berhubung isu penyelewen­gan kira-kira RM1.5 bilion dana yang disalurkan menerusi Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara 2009 hingga 2015.

Dua daripada individu yang ditahan sudah dibebaskan manakala lima yang lain masih dalam tahanan reman.

 ??  ?? (Dari kiri) KETUA Wira Warisan, Ketua Pemuda Umno Tenom dan Tawau diiringi masuk ke Mahkamah Majistret bagi melanjutka­n tempoh tahanan reman.
(Dari kiri) KETUA Wira Warisan, Ketua Pemuda Umno Tenom dan Tawau diiringi masuk ke Mahkamah Majistret bagi melanjutka­n tempoh tahanan reman.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia