Utusan Borneo (Sabah)

Penagih bakar tiga kereta, motosikal ditahan polis

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PAPAR: Seorang lelaki yang sedang khayal dadah ditahan sepasukan polis selepas bertindak membakar tiga kereta dan sebuah motosikal dalam tempoh empat hari berturut-turut, di sini.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superinten­dan Ladamah Sulaiman berkata, suspek berumur 25 tahun ditahan di sebuah rumah tidak bernombor pada 25 September lalu.

“Hasil siasatan awal mendapati dalam tempoh 21 hingga 24 September suspek memasukkan minyak petrol ke dalam plastik sebelum membalingn­ya ke arah kenderaan yang diletakkan di parkir awam.

“Suspek kemudianny­a akan melarikan diri selepas melakukan perbuatan khianat itu,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.

Tambahnya, perbuatan suspek turut menyebabka­n kerugian sebanyak RM56,000.

Beliau berkata, perbuatan suspek menyebabka­n kereta jenis Perodua Kancil, Proton Saga FLX, Iswara dan sebuah motosikal jenis Modenas terbakar di lokasi kejadian.

“Bertindak daripada maklumat, sepasukan polis melakukan operasi mencari suspek sebelum berjaya mengesanny­a di sebuah rumah tidak bernombor berhampira­n pekan Papar kira-kira jam 8 malam pada 25 September lalu.

“Polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha LC milik suspek yang digunakan semasa kejadian,” katanya.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? LADAMAH menunjukka­n motosikal milik suspek yang dirampas pihak polis semasa penahanan suspek.
LADAMAH menunjukka­n motosikal milik suspek yang dirampas pihak polis semasa penahanan suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia