Utusan Borneo (Sabah)

Penyertaan rakyat sangat penting

Agen perubahan mantapkan perpaduan peringkat akar umbi

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN:Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata penyertaan rakyat khususnya komuniti Rukun Tetangga dalam program-program kerajaan sangat penting sebagai agen perubahan bagi memantapka­n perpaduan rakyat di peringkat akar umbi.

“Ini merupakan petanda yang positif yang jelas membuktika­n sokongan padu rakyat terhadap usaha-usaha kerajaan bagi mengukuhka­n lagi integrasi dan semangat perpaduan di negara kita,” katanya.

Beliau berkata, kewujudan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara adalah petanda masyarakat kinimemaha­mikonsepse­benar perpaduan dan kepentinga­n hidup berjiran.

“Dengan pewujudan Komuniti Rukun Tetangga, kita saling mengenali antara satu sama lain seterusnya memantapka­n lagi perpaduan sesama kita,” katanya ketika merasmikan Karnival Rukun Tetangga Bahagian Sandakan Sempena Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2017 di Dewan Sri Libaran, Sabtu.

Musa menjelaska­n ia juga dapat mendorong masyarakat untuk memupuk semangat kerjasama, tolong menolong serta mengukuhka­n keharmonia­n hidup masyarakat pelbagai kaum dalam sesebuah komuniti.

“Usaha menyatupad­ukan rakyat pelbagai suku kaum, agama dan budaya untuk menjadi bangsa Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dicapai dalam jangka masa yang singkat. Sebaliknya, ia adalah satu proses panjang dan berterusan yang menuntut komitmen dan iltizam semua pihak,” katanya.

Justeru, katanya usahausaha yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional seperti penganjura­n Karnival Rukun Tetangga sempena Minggu Perpaduan ini sememangny­a amat bertepatan dengan cabaran semasa dan keperluan masa hadapan.

“Kita seharusnya bersyukur dan berterima kasih kerana dapat menikmati kehidupan dalam keadaan yang stabil, aman dan makmur, jika dibandingk­an dengan negaranega­ra lain.

“Di beberapa negara tertentu, setiap hari dilanda keganasan dan konflik, krisis ekonomi dan rusuhan kaum yang akhirnya meruntuhka­n negara dan menyebabka­n rakyat menderita dan hidup sebagai pelarian,” katanya.

Oleh itu, Musa menegaskan kita tidak seharusnya memandang mudah

MUSA memalu gong sebagai tanda perasmian.

kepentinga­n perpaduan yang kita kecapi kini.

“Kitamestim­engelakkan­diri daripada melakukan apa juga tindakan yang boleh membawa kepada perbalahan atau konflik perkauman dan agama. Apatah lagi bersekongk­ol dengan pihak asing untuk menjejaska­n ekonomi dan kestabilan negara,” katanya.

Beliau berkata, sebaliknya kita dituntut untuk menyemai dan menyuburka­n lagi benihbenih­perpaduand­anhubungan erat antara semua kaum, yang telah terjalin selama ini.

Mengenai program ini, Musa menyeru agar semua pihak sama ada jabatan dan agensi kerajaan, sektor swasta, badan-badan bukan kerajaan, komuniti rukun tetangga, pemimpin dan rakyat keseluruha­nnya untuk bergabung tenaga dan idea dalam mengadakan aktiviti bagi mengukuhka­n lagi semangat perpaduan dan kesatuan rakyat di semua peringkat.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perpaduan Negera dan Intergasi Nasional (JPNIN) Haji Karim Abu Seman mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri joseph Kurup, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Zakaria Edris, Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong Datuk Samsudia Yahya, Adun Elopura Datuk Au Kam Wah, Adun Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman, Pengarah JPNIN Sabah Dollin Liet Staun, Pengawai Khas TPM merangkap Presiden Sabas Dato Juhari Janan dan para pemimpin masyarakat.

“Ini merupakan petanda yang positif yang jelas membuktika­n sokongan padu rakyat terhadap usaha-usaha kerajaan bagi mengukuhka­n lagi integrasi dan semangat perpaduan di negara kita, ” TAN SRI MUSA AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? MUSA bersama para pemimpin mengibarka­n Jalur Gemilang.
MUSA bersama para pemimpin mengibarka­n Jalur Gemilang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia