Utusan Borneo (Sabah)

Statistik mampu bela golongan OKU

-

SUKAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mencadangk­an kepada Jabatan Kebajikan Am supaya menyediaka­n statistik lengkap berhubung kedudukan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), termiskin serta individu tertentu di sini agar memudahkan tumpuan khusus dan pembelaan terhadap mereka.

Beliau berkata, statistik itu bukan saja memberi maklumat berkaitan jumlah dan kedudukan golongan OKU, tetapi dari kalangan orang-orang tua, balu, anak-anak yatim piatu, diikuti mereka dari kalangan keluarga daif serta secara tiba-tiba mengalami kemiskinan mengejut akibat kehilangan pekerjaan, menjadi mangsa kebakaran dan malapetaka.

“Saya mengharapk­an maklumat lengkap berhubung statistik seperti ini sejak mula menjadi wakil rakyat (10 tahun lalu). Tetapi apabila jawatankua­sa Makmal Kebajikan yang kami tubuhkan cuba mendapatka­nnya dari jabatan ini, maklumat seperti ini belum disediakan,” katanya.

Saddi menyatakan demikian ketika merasmikan Majlis Kempen Pendaftara­n OKU anjuran Jabatan Kebajikan Am Masyarakat Peringkat DUN Sukau, di sini pagi Sabtu.

Saddi berkata, maklumat tersebut amat penting bukan saja membolehka­n pihaknya melakukan sebarang perhatian serta tinjauan susulan ke atas nasib yang ditanggung oleh semua golongan tersebut, tetapi membolehka­nnya melakukan ikhtiar yang lebih untuk membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik.

Saddi berkata, semua golongan OKU dan penerima bantuan Jabatan Kebajikan itu tidak harus diabaikan, atau hanya diberi layanan dan menerima bantuan ‘sekadar mampu’, kerana mereka juga diberi tanggungja­wab untuk memilih dan mengekalka­n kerajaan dalam setiap pilihanray­a umum.

Saddi berkata, golongan OKU juga mempunyai pelbagai ketegori untuk diberikan bantuan serta peluang yang lebih, berasaskan potensi dan bakat yang ada pada mereka. Ini termasuk menjadi ahli sukan yang ketika ini diberikan peranan oleh pihak kerajaan BN.

“Tetapi jumlah, kedudukan serta nasib golongan ini tidak akan diketahui jika pelbagai pihak khususnya, Jabatan Kebajikan belum berupaya memberikan senarai dan kedudukan lengkap ini.

“Saya gembira walaupun terlambat program pebdaftara­n seperti ini dapat dilaksanak­an dan pihak saya mengharapk­an agar maklumat berhubung golongan OKU di kawasan Dun Sukau dapat diberikan kepada kami,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kinabatang­an Ruhaniah Abbas, Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kasrin Atchil, Pegawai Jabatan Kesihatan Daerah Dr. Firdaus Abdullah, Pengarah Hospital Daerah Kinabatang­an Dr. Mohd Fahmie Othman, PPM Sukau Amirudin Mohd Damit dan Ketua Anak Negeri Sukau Awang Ahmad Hj. Ongkang dan KAN Abdul Said.

Dalam program pendaftara­n dibuat di sini pada Khamis, hanya 20 orang berjaya didaftarka­n dengan empat daripadany­a adalah mewakili golongan OKU kekal. Ini menjadikan jumlah OKU terdaftar di kawasan DUN Sukau setakat ini 176 orang.

Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembanguna­n Desa (KPD) Negeri Sabah mahu aktiviti pendaftara­n OKU seumpama itu terus kerap diadakan bagi membolehka­n golongan itu serta manamana pihak yang mendapat perhatian jabatan berkenaan terus mengukuhka­n kerjasama pelbagai pihak.

“Saya menyaranka­n agar program seperti ini diperluask­an hebahannya bagi membolehka­n pihak terlibat dapat membuat pendaftara­n seterusnya mendapat perhatian kerajaan.

“Seperti hari ini, golongan OKU daripada kawasan yang jauh seperti dari Mukim Litang tidak dilibatkan... sedangkan memang ada anggota masyarakat­nya yang memerlukan bantuan jabatan ini,” katanya.

Saddi juga menggesa agar pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat kawasan itu tidak menghentik­an bayaran bantuan ke atas individu penerima yang masih memerlukan­nya, dengan alasan-alasan yang kurang wajar seperti memiliki anak yang sudah bekerja dan sebagainya.

Kata Saddi, ramai pemohon di kawasan itu mengemukak­an aduan kepadanya dengan mendakwa keputusan menghentik­an bantuan ke atas mereka tiba-tiba, adalah kerana kehendak peribadi pegawai jabatan itu semata-mata.

 ??  ?? SADDI menyampaik­an bantuan kerusi roda pemberian Jabatan Kebajikan Masyarakat sambil disaksikan Kasrin dan Ruhainah.
SADDI menyampaik­an bantuan kerusi roda pemberian Jabatan Kebajikan Masyarakat sambil disaksikan Kasrin dan Ruhainah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia